spot_img
spot_img

Kalau Menteri Kewangan bukan Islam ? – Isu TH

spot_img

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) digesa mengadakan pertemuan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO-NGO) bagi membincangkan cadangan meletakan Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd. Yussuf Latiff berkata, tindakan Kementerian Kewangan meletakan Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara adalah sesuatu yang terburu-buru kerana dilakukan tanpa perbincangan dengan wakil-wakil pemegang taruh dan ia telah mengelirukan umat Islam.

Menurutnya, menerusi perbincangan dengan NGO Islam dan Melayu ini, pihak kerajaan boleh mendapat cadangan dan buah fikiran yang lebih konstruktif dalam usaha mempertingkatkan tadbir urus Tabung Haji.

- Advertisement -

“Tindakan oleh Kementerian Kewangan meletakan Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara adalah dikesali dan menggambarkan seolah-olah kerajaan sendiri tidak begitu faham matlamat utama Tabung Haji itu dan meletakkannya setaraf dengan syarikat kewangan.

“Kementerian Kewangan perlu sedar risiko keputusan yang dibuat itu kerana Bank Negara adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

“Apa akan berlaku kepada Tabung Haji jika Menteri Kewangan dilantik dari kalangan bukan umat Islam yang tidak memahami maqasid kewujudan Tabung Haji?” soalnya.

- Advertisement -

Tambah Yussuf, pihaknya menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan-dakwaan terbabit dan mendapati tidak keperluan untuk meletakan TH di bawah kawal selia Bank Negara.

Malah, katanya, sebagai sebuah agensi kepentingan umat Islam, kerajaan seharusnya mengamalkan konsep Wilayatul Hisbah dan Wilayatul Mazalim iaitu sistem pemantauan terhadap pemantau.

“Walau bagaimanapun, sementara menunggu laporan RCI kerajaan perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen yang dianggotai Ahli-Ahli Parlimen Muslim bagi memantau keputusan yang dibuat oleh Menteri Agama dalam isu Tabung Haji adalah telus dan amanah,” katanya. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img