spot_img
spot_img

Jangan jadi kluster katak, biar berprinsip

spot_img

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dinasihatkan agar terus kuat dan bertabah sepanjang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah dan tidak khuatir berhadapan dengan proses itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Syed Saddiq perlu mencontohi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak goyang walaupun berulang kali turun naik mahkamah.

Kata beliau, bekas Menteri Belia dan Sukan dan bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu perlu kuat untuk membuktikan perjuangan yang berprinsip.

- Advertisement -

“Sekarang kamu rasa musibah ‘political persecution’. Dulu kamu hina Najib berbagai-bagai. Kamu contohi Najib Razak. Be strong. Jangan goyang dan jangan masuk kluster katak, walau terpaksa turun naik mahkamah.

“Saya UMNO, kamu Muda (Parti Ikatan Demokratik Malaysia). Kamu Ketua Muda. Kamu kini berpeluang membuktikan kemudaan perjuangan kamu yang teruji tetapi berprinsip. Jangan jadi macam Xavier (Datuk Dr. Xavier Jayakumar),” katanya menerusi catatan di Facebook miliknya hari ini.

Syed Saddiq, 29, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di ibu negara atas tuduhan pecah amanah dana Armada berjumlah RM1 juta pada tahun lalu dan berhadapan tuduhan menyalah guna harta iaitu wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebanyak RM120,000.

- Advertisement -

Tambah Mohd. Puad, Syed Saddiq akan menjadi pemimpin besar suatu hari nanti sekiranya beliau tidak melompat parti atau mengalih sokongan kepada individu-individu tertentu.

“Jika benar pertuduhan terhadap kamu hari ini adalah ‘political motivated’, kamu akan jadi pemimpin besar jika tidak jual diri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img