spot_img
spot_img

1% Kaya, 75% kurang dari $2 pendapatan sehari

spot_img

India dilanda kemerosotan ekonomi dan gelombang koronavirus yang teruk. Ini ditunjukkan oleh penyelidikan baru yang mendorong jutaan rakyatnya menjadi miskin.

Tetapi ketika rakyat India ini berjuang untuk hidup dengan hanya beberapa dolar sehari, golongan elit ultra kaya negara itu menjadi semakin kaya dan berpengaruh, kerana kekayaan gabungan mereka telah meningkat puluhan bilion dolar pada tahun lalu.

Mukesh Ambani – ketua konglomerat Reliance Industries yang besar – kini bernilai lebih dari $ 80 bilion, lebih $ 15 bilion lebih dari tahun yang lalu, menurut Bloomberg Billionaires Index. Tidak jauh di belakangnya adalah pengasas Adani Group, Gautam Adani, yang kekayaannya melonjak dari kurang $ 13 bilion tahun lalu menjadi $ 55 bilion hari ini.

- Advertisement -

Kedua-dua lelaki terkaya India ini, yang kini masing-masing merupakan orang terkaya pertama dan keempat di Asia, bernilai lebih tinggi daripada KDNK beberapa negara miskin dunia. Keuntungan mereka yang berlainan dengan rakyat India yang lain melambangkan jurang kekayaan yang meningkat yang telah memberi impak pada banyak orang di seluruh dunia, dan menjadi sangat ketara dalam ekonomi ketiga terbesar di Asia, yang menyumbang lebih dari separuh peningkatan kemiskinan global pada tahun 2020.

Ambani mengetuai sebagai orang terkaya di Asia, di hadapan banyak jutawan-jutawan China. Dia mengekalkan kedudukannya yang selesa sepanjang tahun ini, dan merupakan orang terkaya ke-12 di dunia – bernilai lebih banyak daripada jutawan negara lain seperti orang terkaya Mexico, Carlos Slim dan pengasas Dell (DELL) Michael Dell.

Syarikat Ambani menikmati tahun 2020 yang hebat, mengumpulkan jutaan dolar dari saham syarikat gergasi di Silicon Valley seperti Google dan Facebook (FB), yang mempertaruhkan visinya untuk menguasai internet di India, yang merupakan salah satu pasaran terbesar di dunia.

- Advertisement -

Ambani tidak keseorangan sebagai orang kaya dari India kerana baru-baru ini, orang terkaya kedua dari benua Asia juga datang dari India: Adani. Pengasas Adani Group mengawal syarikat-syarikat antaranya dari pelabuhan hingga ke aeroangkasa, tenaga elektrik dan arang batu.

Seperti Reliance Group, Adani Group menunjukkan prestasi yang sangat baik di pasaran saham India – saham Adani Enterprises, misalnya, telah melonjak lebih dari 800% di Bursa Saham Nasional di Mumbai sejak Jun 2020, tanda bahawa pelabur optimis akan kemampuan Adani untuk bertaruh mengenai sektor-sektor penting bagi tujuan pembangunan ekonomi Perdana Menteri Narendra Modi.

Tetapi lain pula ceritanya dengan lebih 99% lagi rakyat India yang lain.

Walaupun Adani tidak kisah kerugian satu hari sebanyak $ 6 bilion, sebahagian besar rakyat negara itu telah berhadapan dengan kemelut ekonomi yang tidak menetu semasa Covid19 ini. Oleh kerana India mengenakan sekatan pergerakan yang sangat ketat pada aktiviti perjalanan dan perniagaan untuk mengawal penyebaran Covid-19, hasil kekayaan yang dimiliki oleh golongan elit 1% negara itu terus meningkat kepada 40.5% kekayaan mereka pada akhir tahun 2020, kenaikan 7 peratus dari tahun 2000, menurut Laporan Credit Suisse mengenai kekayaan global yang dikeluarkan pada bulan Jun lepas.

Laporan itu menyatakan bahawa semakin besar perbezaan pendapatan. India mengalami kemelesetan yang jarang berlaku tahun lalu, setelah penutupan sempadan dan negara yang dijalankan hampir empat bulan baru-baru ini. Walaupun ekonomi pulih tahun ini, angka pengangguran meningkat sangat tinggi.

Menurut analisis oleh Pusat Penyelidikan Pew, golongan kelas menengah India menyusut 32 juta orang tahun lalu akibat dari kelembapan ekonomi.

“Sementara itu, jumlah orang yang miskin di India (dengan pendapatan $ 2 atau kurang sehari) dianggarkan meningkat sebanyak 75 juta kerana kemelesetan Covid-19,” tulis penyelidik kanan Pew, Rakesh Kochhar dalam sebuah posting pada bulan Mac lepas, menambah bahawa ia menyumbang hampir 60% dari peningkatan kemiskinan global.

Sebagai perbandingan, perubahan taraf hidup di China tidak terlalu berubah tambah Kochhar. Banyak isi rumah menghadapi kerugian pendapatan tahun lalu dengan mengurangkan pengambilan makanan, menjual aset, dan meminjam secara tidak rasmi dari rakan, saudara, dan pemberi pinjaman wang, menurut penyelidik di Universiti Azim Premji di bahagian Karnataka, India.

Para penyelidik menganggarkan bahawa kira-kira 230 juta orang India jatuh ke dalam kemiskinan – yang mereka anggap sebagai pendapatan kurang dari $ 5 sehari – kerana wabak itu.

“90% responden yang khuatir, melaporkan bahawa isi rumah mengalami penurunan pengambilan makanan akibat dari penutupan ekonomi,” para penyelidik menulis dalam laporan bulan Mei lalu yang meneliti kesan Covid selama satu tahun di India.

“Lebih membimbangkan, 20 peratus melaporkan bahawa pengambilan makanan tidak bertambah baik selepas enam bulan penutupan sektor ekonomi dan sosial.”

Makmal Tindakan Kemiskinan Abdul Latif Jameel telah mengkaji kesan wabak tersebut kepada pekerja dari beberapa negeri termiskin di India. Dalam laporan mengenai pekerja muda lelaki dan wanita yang datang dari kampung dari negeri Bihar dan Jharkhand, para penyelidik mendapati bahawa Covid-19 menyebabkan mereka terpaksa pulang ke kampung serta hilang terus pekerjaan mereka.

“Mereka terutamanya kaum wanita, sekarang pulang ke kampung halaman kepada keluarga mereka dan dipaksa untuk berkahwin,” kata Clément Imbert, profesor ekonomi di University of Warwick dan salah seorang penyelidik, yang dipetik dari CNN Business.

Sekarang, ketika India bersiap sedia kemungkinan untuk menghadapi gelombang ketiga Covid-19, para penyelidik berharap kerajaan dapat memperkenalkan beberapa langkah berani untuk mengatasi impak supaya India tidak terus parah. India kini dikenali sebagai negara yang paling lemah di dalam pengurusan pandemik Covid19.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img