spot_img
spot_img

Applikasi mesra alam Haji & Umrah diperkenal

spot_img

KUALA LUMPUR (19 Julai): Dalam usaha memotivasi dan memberi inspirasi kepada para jemaah untuk memelihara alam sekitar ketika menunaikan Haji dan Umrah, sebuah Panduan Hijau (Green Guide) dan aplikasi mudah alih dilancarkan di London pada hari Isnin lepas, bersempena dengan hari Arafah.

Dibangunkan oleh Global One, sebuah NGO pembangunan antarabangsa yang diketuai oleh wanita Muslim yang berpusat di United Kingdom, panduan dan aplikasi ini menunjukkan ajaran Islam yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Global One Dr Husna Ahmad, Panduan Hijau untuk Haji dan Umrah versi kedua ini muncul 10 tahun selepas versi pertama dilancarkan di Assisi, Itali, di bawah naungan Alliance of Religion and Conservation.

- Advertisement -

“Pandemik Covid-19 telah memberi kita semua masa untuk merenungkan dan mempertimbangkan kembali sumbangan kita untuk membangun masyarakat yang lebih lestari dan setara berdasarkan solidariti dan kasih sayang.

“Waktu kita untuk bertindak berlalu setiap hari, kita perlu memikirkan peranan kita dan mulai mengubah kebiasaan kita untuk melindungi dan memelihara dunia kita. Saya berdoa agar panduan dan aplikasi ini memotivasi dan memberi inspirasi kepada ummat untuk bertindak dan tidak menunggu sehingga terlambat, ”katanya.

Panduan dan aplikasi Hijau dilancarkan secara Zoom maya, dikendalikan oleh Pengasas dan Pengarah Inisiatif ‘Faith for Earth’ di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), Dr Iyad Abu Moghli.

- Advertisement -

Global One, yang merupakan sebahagian dari Ummah for Earth Alliance, menekankan bahawa panduan dan aplikasi tersebut memberikan cadangan kepada individu, masyarakat, kerajaan dan institusi untuk membolehkan ziarah yang lebih hijau, dan juga mendorong lebih banyak kesinambungan dalam kehidupan seharian.

Ini termasuk cadangan mengenai pengurusan sampah, pengangkutan awam dan penggunaan tenaga yang terancang, untuk mengurangkan jejak karbon individu semasa Haji dan Umrah.

Panduan Hijau menyediakan antara lain, senarai semak untuk jemaah sebelum berangkat dari negara mereka, semasa ketibaan dan selepas menunaikan Haji atau Umrah, serta panduan dalam memilih produk dan perkhidmatan, penggunaan makanan dan minuman, penggunaan air dan petua kelestarian untuk memilih pakaian atau aksesori.

Aplikasi Hijau untuk Haji dan Umrah boleh didapati di Google Play Store dan App Store.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img