spot_img
spot_img

Pusat karaoke punca kes meningkat di Singapura

spot_img

(14 Julai): Kes Covid19 Singapura mencapai paras tertinggi dalam 15 bulan pada hari Rabu semalam, dengan 56 kes baru di tengah-tengah kluster yang semakin buruk, yang berpunca dari pusat istirahat karaoke, walaupun menteri kesihatannya mengatakan ini tidak akan mempengaruhi rancangan pembukaan semula negara itu yang akan diawasi dengan ketat.

Daripada jumlah itu,  41 kes disebabkan oleh kluster karaoke dan enam kes lain tidak disebabkan kluster tersebut, kata kementerian kesihatan pada hari Rabu semalam. Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mengatakan perkembangan ini tidak akan mengancam pelonggaran sekatan yang akan baru dimulakan pada hari Isnin depan, dengan lebih banyak orang dibenarkan makan di kedai, kerana tahap vaksinasi yang lebih tinggi sekarang, menurut Straits Times yang memetiknya dari laporan.

Angka jangkitan baru adalah yang tertinggi sejak 8 April tahun lalu, ketika terdapat 64 kes tempatan. Ini berlaku sama seperti negara lain yang mengalami lonjakan kes baru-baru ini dan melaksanakan kembali beberapa syarat pergerakkan seperti melarang makan malam dan tidak boleh berkumpul ramai. Ruang rehat dan kelab karaoke ditutup pada awal wabak di negara ini, namun beberapa bulan selepas itu dibuka semula sebagai gerai makanan dan minuman.

- Advertisement -

Walaupun jumlah kes Singapura jauh lebih kecil dibandingkan dengan negara jirannya, Indonesia dan Malaysia, di mana jumlah hariannya mencatatkan rekod yang tinggi, negara ini diawasi dengan teliti mengenai bagaimana mereka akan mengatasi sekatan pandemik dan menangani serangan virus.

Singapura mengatakan ia meningkatkan penyelidikannya mengenai kes virus yang berpunca dari pusat istirahat karaoke ini. Ia telah menutup premis yang terjejas selama dua minggu dan memberikan ujian percuma kepada pelanggan-pelanggan yang mengunjunginya, serta berinteraksi dengan pelayan sosial yang berasal dari Vietnam.

Menteri Kesihatan Ong juga menyatakan bahawa sistem penjarakkan sosial yang luas di negara ini mungkin tidak dapat membantu dalam hal ini, kerana data tersebut mungkin tidak menyeluruh jika ruang istirahat karaoke itu beroperasi secara haram, menurut Business Times.

- Advertisement -

Singapura mengambil langkah pertama untuk menghentikan sekatan pergerakkan pada hari Isnin depan, dengan membenarkan lima orang makan di restoran, di mana hanya dua orang dibenarkan sebelumnya. Kerajaan Singapura juga menekankan bahawa vaksinasi untuk penduduknya yang berjumlah 5.7 juta orang adalah kunci untuk membuka semula pusat perdagangan.

Sehingga 12 Julai (Isnin), Singapura memberikan lebih daripada 6.3 juta dos vaksin Covid-19 di bawah program imunisasi nasionalnya dengan lebih daripada 4 juta individu telah mendapat dos pertama mereka, menurut data kerajaan Singapura.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img