spot_img
spot_img

DoctorOnCall, Pfizer, UOB kerjasama beri vaksin

spot_img

PETALING JAYA: DoctorOnCall, Pfizer dan UOB Malaysia buat pertama kali berganding bahu melancarkan “ASK4VACCINE”, – program pembiayaan bertujuan meningkatkan akses kanak-kanak Malaysia kepada vaksin pneumokokal.

Program “ASK4VACCINE” membolehkan para ibu bapa di Malaysia mendapatkan perlindungan untuk anak-anak mereka daripada pneumonia pneumokokal melalui pelan pembayaran ansuran 12 bulan tanpa faedah.

Di peringkat global, pneumonia telah membunuh lebih ramai kanak-kanak daripada penyakit berjangkit yang lain.

- Advertisement -

Setiap tahun ia meragut lebih daripada 800,000 nyawa kanak-kanak di bawah umur lima tahun, atau sekitar 2,200 orang setiap hari.

Di Malaysia, pneumonia merupakan salah satu daripada lima penyebab utama kematian kanak-kanak.

Streptococcus pneumoniae, atau bakteria pneumokokal, adalah salah satu penyebab pneumonia bakterial yang paling lazim. Walau bagaimanapun, penyakit pneumokokal ini dapat dicegah melalui vaksinasi.

- Advertisement -

“Kami di Pfizer percaya bahawa kanak-kanak tidak sepatutnya menderita akibat daripada penyakit yang dapat dicegah melalui vaksin. Selama lebih dari satu abad, vaksin kami telah membantu melindungi ahli masyarakat daripada penyakit berjangkit yang mengancam nyawa seperti pneumonia pneumokokal.

“Hari ini, kami berbangga untuk bekerjasama kami dengan DoctorOnCall dan UOB Malaysia bagi meningkatkan tahap kesedaran dan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam melindungi anak-anak mereka daripada penyakit pneumokokal,” kata Pengurus Negara, Pfizer Malaysia & Brunei,  Luksanawan Thangpaibool,

Katanya, pandemik COVID-19 telah mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia di seluruh negara.

Dengan kesedaran bahawa sebilangan besar rakyat mungkin akan menghadapi masalah tersendiri pada waktu ini, program “ASK4VACCINE”, yang dirancang eksklusif untuk pemegang kad kredit UOB Malaysia, bertujuan untuk memberikan fleksibiliti pembayaran melalui pelan pembayaran ansuran tanpa faedah selama 12 bulan.

Dengan fasiliti ini, ibu bapa boleh memastikan akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti untuk anak-anak mereka di samping melindungi mereka daripada penyakit tanpa kebimbangan. Selain itu, mereka juga boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM1000 untuk vaksinasi pneumokokal bagi diri sendiri, pasangan, dan juga anak-anak mereka.

“UOB Malaysia sangat komited untuk terus bersama para pelanggan kami dan menawarkan bantuan pada saat-saat memerlukan.

Kami memahami kepentingan menyediakan akses mudah kepada vaksin. Oleh sebab itu, kami bekerjasama dengan DoctorOnCall dan Pfizer untuk menawarkan program “ASKFORVACCINE”.

Dengan pelan pembayaran ansuran tanpa faedah 12 bulan yang ditawarkan ini, kami membolehkan pelanggan menjamin kesihatan anak-anak mereka, serta memastikan keadaan kewangan mereka tidak terjejas pada masa yang sama.

“Melalui program ini, para pelanggan dapat menguruskan wang mereka dengan lebih fleksibel tanpa berkompromi dalam hal kesejahteraan anak-anak mereka,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmatan Kewangan Peribadi, UOB Malaysia,  Ronnie Lim.

Untuk membantu orang ramai memahami dengan lebih lanjut mengenai vaksin dan imunisasi serta menangani beberapa salah faham umum mengenai topik ini, laman web DoctorOnCall menyediakan artikel dan video bermaklumat serta inisiatif perundingan doktor percuma.

“Peningkatan pengetahuan masyarakat tentang hal kesihatan serta menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih berpatutan dan positif bagi pesakit merupakan asas pembinaan DoctorOnCall sebagai platform penjagaan kesihatan digital lestari untuk rakyat Malaysia. Kami gembira menjadi sebahagian daripada kerjasama tiga pihak ini dengan Pfizer dan UOB Malaysia. Bersama-sama, kami berharap untuk menyambut masa depan di mana semua kanak-kanak dilindungi daripada penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin seperti pneumonia pneumokokal,” kata Ketua Pegawai Operasi, DoctorOnCall, Chiak Tang. -UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img