spot_img
spot_img

Pengundi luar bandar yang kita faham

spot_img

Pada pilihan raya umum Malaysia yang akan datang, keutamaan adalah pada undi luar bandar, sama seperti PRU14 yang lalu. Kekuatan pengundi luar bandar dalam menentukan nasib wakil rakyat dapat lebih dari 10 kali ganda daripada pemilih bandar, akibat dari persempadanan semula pada PRU14 lalu (Kita tiada maklumat persempadanan semula akan berlaku pada PRU15). Kerajaan dan pembangkang kedua-dua belah pihak cuba mengambil hati masyarakat Melayu luar bandar. Berdasarkan siri perbincangan kumpulan fokus dan wawancara pemberi maklumat di Johor dan Kedah, serta kajian yang meluas di kawasan luar bandar, pinggiran bandar dan pulau, kita kupaskan apa isu yang penting bagi mereka.

Sebilangan besar penduduk luar bandar bekerja sebagai petani dan nelayan, sementara yang lain menambah pendapatan keluarga dengan pekerjaan tidak tetap seperti pembersih, pengawal keselamatan dan pekerja kilang. Pendapatan tidak tinggi dan terjamin selama-lamanya. Masyarakat luar bandar khuatir dengan kenaikan kos sara hidup. Pada PRU14 yang lalu, apabila berakhirnya subsidi petrol, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), inflasi dan kesukaran membeli tanah dan harta tanah menyebabkan beberapa kawasan luar bandar menolak kerajaan BN. Tetapi di awal itu, sebarang pemberian dari kerajaan BN tetap diterima. Manfaat seperti BR1M, walaupun sering disebut terlalu kecil untuk mengimbangi kenaikan perbelanjaan pada PRU14 lalu, membantu meringankan tekanan kewangan – walaupun hanya seketika. Oleh itu, kerajaan PN sekarang tidak boleh selesa dengan pemberian pelbagai bentuk bantuan hingga kini. Solusi panjang dan terjamin harus direalisasikan segera- wawasan.

Pengundi luar bandar terlalu sibuk dengan keperluan harian yang runcit daripada memikirkan isu-isu makro seperti tuduhan rasuah. Skandal politik bukan dalam kawalan mereka, mereka tidak mahu ambil tahu, tanggapan bahawa semua ahli politik akan sama apabila ada kuasa; apa kesalahan atau tuduhan yang dilakukan oleh ahli politik di peringkat atas tidak membawa kesan kepada kehidupan luar bandar dan tidak ada bezanya terhadap kelangsungan hidup masyarakat luar bandar. Diulangi, banyak yang mengatakan bahawa tidak kira siapa yang berkuasa, mereka hampir tidak mendapat faedah atau bantuan — kecuali ketika pilihan raya hampir berlangsung.

- Advertisement -

Pengundi luar bandar pemikiran kritikal mereka tidak serumit di bandar, orang Melayu kata, tidak banyak songeh. Masyarakat luar bandar tahu rasuah sedang berleluasa – melalui sosial media dan anak-anak pulang ke kampung bercerita, tetapi ada pegangan terhadap pemikiran dan sikap memilih mereka. Masyarakat kampung berserah, bersyukur dan menerima seadanya posisi mereka di tangga paling bawah dalam hirarki sosial dan tidak mengharapkan untuk mendapatkan lebih dari apa yang diberikan oleh wakil rakyat dan kerajaan. Ramai yang membangkitkan masalah “kronisme” sebagai bentuk korupsi yang menimpa masyarakat kelas menengah – di mana ketua-ketua cawangan dan bahagian politik setempat serta ketua kampung dikatakan menyekat akses mereka ke saluran bantuan kewangan, peluang pekerjaan dan bentuk bantuan-bantuan lain. Rungutan menyatakan bahawa bantuan yang diperuntukkan lebih mudah kepada rakan dan keluarga. Mereka yang benar-benar memerlukan sering terbiar atau tidak sampai masalah mereka kepada wakil-wakil rakyat. Sebab itu banyak kita tengok di sosial media mahupun rancangan TV yang menjelmakan orang-orang daif. Kita pun bertanya, takkan wakil rakyat tidak tahu ?

Hierarki adalah komponen penting dalam kehidupan orang Melayu luar bandar. Masyarakat bandar masih berfikiran feudal walaupun tidak 100%. Di atas sekali adalah raja, masa purba dahulu ada tuan dan bangsawan tetapi sekarang bertukar kepada ahli politik dan ketua kerajaan. Penghormatan terhadap kerabat diraja termaktub dalam Rukun Negara yang dibacakan oleh setiap murid-murid di perhimpunan pagi di sekolah. Raja adalah yang kedua setelah Tuhan. Agama adalah kepentingan nasional dan Islam dimasukkan ke dalam perlembagaan sebagai agama persekutuan. Hak Melayu dimasukkan ke dalam dasar ekonomi. Dari gabungan sejarah, prinsip dan dasar inilah yang dapat kita rumuskan jiwa Melayu desa, walaupun dalam tahap yang berbeza-beza.

Kesetiaan dan terhutang budi adalah ciri-ciri yang muncul dari sejarah feudalisme dan sikap semulajadi orang Melayu. Dari sudut pilihan raya, ini bermaksud bahawa pengundi tetap setia kepada mereka yang menolong mereka sampai ke tempat mereka berada kini. Ungkapan “kami kenangkan jasa dia”. Pengundi yang lebih tua menceritakan betapa sukarnya hidup sebelum parti kerajaan memberi mereka keselesaan yang mereka nikmati sekarang. Generasi ini cepat mengingatkan keturunan dan anak-anak mereka bahawa memilih mereka yang menolong mereka adalah tradisi keluarga dan melanggar amalan itu sama dengan melanggar norma tidak mengenang budi. Pengundi muda mengaku bahawa ketika mereka menyuarakan suara mereka, mereka sering melakukan perjumpaan diluar bersama rakan sebaya untuk mengelakkan ketegangan di rumah.

- Advertisement -

Hak Melayu dan Islam adalah panas di Malaysia – sentiasa. Ketidakpercayaan terhadap pihak lain, biasanya dihalakan kepada DAP. Sejak merdeka parti kerajaan mengingatkan rakyat bahawa DAP adalah ancaman perpaduan negara dan hak keistimewaan Melayu. Pemerintahan PH 22 bulan menunjukkan betapa mudahnya UMNO dan pembangkang ketika itu menghasut rakyat memainkan isu perkauman – sangat berjaya hingga runtuhnya kerajaan baru itu. Hampir enam dekad ketakutan ditanam pada DAP, menjadi sukar bagi mereka bertahan sebagai kerajaan termasuk komponen yang bersama di dalam PH. Sesiapa yang terlibat dengan mereka (pengundi atau parti lain) dianggap telah mengkhianati perjuangan Melayu. Terdapat ketakutan besar bahawa orang Melayu akan kehilangan semua hak istimewa.

Johor selalu menjadi kubu UMNO. Kini masih milik UMNO di bawah ikatan rapuh dengan PN. Sultan Johor  telah mengingatkan rakyatnya bahawa UMNO dilahirkan di istana Johor, yang dibiayai oleh Almarhum nendanya. Sultan Johor sangat dihormati oleh rakyat Johor dari semua etnik dan latar belakang pendapatan, tetapi lebih-lebih lagi oleh orang Melayu luar bandar. Ada kemungkinan bahawa pengundi luar bandar Johor akan mempertimbangkan pendapat yang diutarakan oleh Sultan ketika memutuskan untuk memilih.

Ini sangat berbeza dengan keadaan di Kedah, di mana masyarakat luar bandar yang tidak begitu rapat dengan raja mereka. Kesetiaan sebaliknya dialihkan kepada negarawan Tun Mahathir Mohamad yang sangat dikenang atas sumbangannya kepada bangsa dan negara. Anaknya, Mukhriz Mahathir, menjadi ketua menteri antara 2013 dan 2016 sehingga dia disingkirkan secara paksa oleh UMNO dan dipilih semula menjadi Menteri Besar Kedah di era PH selama 22 bulan. Orang Kedah cepat memberikan contoh projek yang dilaksanakan semasa pentadbiran Tun Mahathir. Mereka juga pernah menyatakan kegusaran mereka terhadap ketidakadilan kepada Mukhriz sebelum PRU14 (UMNO) dan rasa tidak hormat kepada negarawan Tun Mahathir. Budaya menghormati orang tua dan sopan santun orang Melayu disebut sebagai prinsip yang wajib tidak boleh ditinggalkan oleh ahli politik untuk memenangi hati mereka.

Kita boleh kaji sikap pengundi di Kedah pada PRU14 yang lalu. Pengundi muda tidak sabar memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mereka bersikap lantang dan berkeras ingin memberi peluang kepada pembangkang untuk memerintah, terutama kerana seperti Mahathir dan Mukhriz adalah anggota barisan pemimpin yang akan dilantik jika menang. Mereka tidak percaya DAP. Tetapi kerana Tun Mahathir percaya, maka orang Kedah ikut. Pengundi yang lebih tua masa itu keliru dengan Tun Mahathir atau UMNO. Akhirnya Tun Mahathir dan PPBM menang.

Beza dengan negeri-negeri lain juga. Di timur Johor, pengundi FELDA menyatakan sokongan yang kuat terhadap BN. Bagi mereka, mereka yang ‘lompat’ parti itu adalah individu yang tidak berpuas hati atau opportunis bila nampak PPBM/PN jadi kerajaan; bahawa tuduhan rasuah adalah berita palsu. Di Johor barat, pengundi lebih ragu-ragu; ada yang tidak sabar kerana merasakan bahawa mereka menderita tidak kira siapa yang berkuasa.

Di Kedah juga, terdapat perbezaan. Walaupun majoriti nampaknya menyokong Mahathir tidak kira parti apa yang beliau wakili, banyak yang menerima kemurahan hati PN/UMNO baru-baru ini. Bantuan-bantuan dan pelbagai barangan lain banyak menyelesaikan masalah kewangan sementara. Persoalannya ialah adakah pengundi ini akan setia dengan ‘keturunan Mahathir’ atau boleh menerima wakil rakyat baru yang boleh menabur bakti ?

Pengundi luar bandar sangat penting untuk didekati. Walaupun survival adalah keutamaan mereka, prinsip-prinsip hierarki Melayu yang menyeluruh, kesetiaan dan keperluan untuk memelihara hak dan agama Melayu akan memberi kesan kepada keputusan mereka di peti undi. Orang yang selalu berada dekat dengan mereka semasa memerlukan (bukan ahli politik payung terjun) dan orang yang dapat meringankan kesusahan segera mereka dijangka akan memenangi undi masyarakat luar bandar.

 

Abu Bakar Aby (Universiti Sains Malaysia)

Sumber : BHarian, UMNO Online, MalaysiaKini, ISEAS, dan 22 manusia hidup.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img