spot_img
spot_img

Kena kompaun tak daftar My Sejahtera

spot_img

JEMPOL: Lima orang pekerja sebuah bengkel kereta di Batu Kikir, dekat sini, dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500 seorang selepas dikesan gagal mendaftar masuk ke premis pekerjaan mereka pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kira-kira pukul 11.15 pagi, pasukan petugas pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas premis berkenaan mendapati lima pekerja lelaki berusia 23 hingga 33 tahun telah gagal mendaftar masuk bekerja ke premis sama ada menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran yang disedia.

- Advertisement -

“Kesemuanya dikenakan kompaun gagal mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam kenyataan.

“Terdahulu, kompaun turut dikeluarkan ke atas seorang pelanggan di sebuah pasar mini di Taman Serting Jaya kerana gagal mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran,” katanya. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img