BERCAKAP SEBAGAI BUKAN KERAJAAN.
Kita sebagai rakyat harus bijak kali ini dengan permainan politik dan kesempatan diambil beberapa binatang politik dalam menaikkan kemarahan kita sebagai rakyat. Tujuannya untuk kita marah dan binatang politik mendapat nama yang wangi walaupun maha celaka perbuatan mereka.
Mereka nampak peluang. Kita lihat Najib Razak Asyraf Wajdi dan Syed Saddiq sudah memulakan langkah. Dalam keadaan sekarang kes jangkitan naik mendadak akibat sikap kita sendiri. Dan mereka binatang politik ini sedang menaikkan kebimbangan dan kemarahan rakyat.
Dan semua nampak sesuatu bakal di lakukan oleh kerajaan untuk berusaha lebih keras lagi untuk memutuskan rantaian jangkitan. Jadi belum apa-apa mereka ini sudah memulakan langkah untuk menekan kerajaan. Dengan cara paling mudah. Cipta idea dan apa-apa permintaan campak kepada rakyat untuk rakyat menghentam kerajaan.
Dan usaha awal ini dibuat dengan 2 harapan. Rakyat akan bangkit marah dan apabila ditunaikan maka merekalah akan ambil kredit. Serupa kerajaan ini bodoh nak biar rakyat mati tak makan.
Tahulah kerajaan buat. Sudah berapa ratus inisiatif penjana ekonomi rakyat telah kerajaan bantu. Terbukti. Musuh kerajaan dan pembangkang sangat try hard. Tahulah kerajaan uruskan.
Dan lebih parah rakyat yang termakan hasutan. Sudah mula sejak beberapa hari lepas gesaan i-sinar 2.0 berbunyi, sabar kawan. Kau tak usah tekan. Tahulah kerajaan menilai. Awal sangat kau nak tekan. Dah jadi budaya pula asal nak ketatkan penguatkuasaa kena beri duit. Biarlah kerajan uruskan. Sabar.
Binatang politik ini ada agendanya. Untuk menaikkan kemarahan dan kita akan lupa segala kebaikan kerajaan sudah bantu kita. Itu sahaja mainan binatang politik. Yang bercakap siapa? Kita pun tahu Najib banyak kes gubah wang haram, kita pun tahu Saddiq pandai bercakap. Kes duit dalam rumah dia pun belum selesai. Asyraf? Kita pun tahu ini ketua pemuda paling bacul dan pertahankan penyamun siang malam.
So apa kredibiliti mereka mahu lead dalam hal ini yang kau nak terikut? Sampah sahaja. Ambil kesempatan untuk jadi hero. Bercakap sebagai bukan kerajaan senang. Sebab bercakap tanpa ada tanggungjawab untuk tunai. Dan kau pun faham puak ini selagi Muhyiddin tidak jatuh apa sahaja kebaikan dibuat akan dinafikan.
Tambahlah Najib dan Umno. Selagi tak lepas kes mereka selagi itulah pelbagai cubaan di buat. Semua kita tahu. Saddiq pula terkapai-kapai mencari spotlight untik dia diingati. Siapa lagi di Muar nak undi dia? Semua tahu dia hanya budak yang sembang sahaja pandai, tetapi perlakuan tak seiiring apa yang diwar-warkan.
Mereka punyai motif politik. Kita jangan jadi bodoh termakan. Lihat penuh rasional dan ada hati budi dalam menilai keadaan. Ini, asal bab duit kau redah semua benda tanpa toleh sedikit pun dengan mata hati. Semua orang susah, Â faham. Sabar usah termakan. Kerajaan Muhyiddin punya konsep mudah. Dia tidak akan biarkan rakyat Malaysia tiada hidangan makanan atas meja untuk diri dan keluarga.
Dan jangan kita jadikan budaya baru. Asyik nak memberontak sahaja, kita sahaja betul dalam semua hal. Asal nak ketatkan pergerakan, nak duit. Budaya baru ini dah makin menjadi-jadi selepas BRIM Najib dan kita dalam keadaan terlalu melampau sekarang. Kita sabar dan bijaklah bertindak.
-Alam Maya-