spot_img
spot_img

Tunggu rawatan Covid19 lambat, wanita mati dalam kereta

spot_img

NEW DELHI: Seorang wanita yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia di dalam kereta di tempat letak kenderaan di sebuah hospital di Noida selepas menunggu kekosongan katil selama tiga jam.

Lapor Daily Mail, Jagriti Gupta, 36, terbaring lemah dan tercungap-cungap di dalam kereta ketika rakan-rakannya merayu kepada petugas perubatan supaya memberikan rawatan segera.

Namun, petugas perubatan tidak dapat memberi layanan segera kepada wanita itu memandangkan situasi di hospital berkenaan turut kritikal dengan jumlah pesakit Covid-19 yang sesak.

- Advertisement -

Menurut seorang saksi, dia melihat bagaimana rakan Gupta merayu kepada petugas perubatan supaya melihat keadaan wanita tersebut yang sedang nazak.

“Kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan, wanita itu menghembuskan nafas terakhir dan rakannya memaklumkan kepada kaunter.

“Petugas perubatan keluar untuk memeriksanya dan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia,” jelas saksi tersebut.

- Advertisement -

Sehingga hari inni, India merekodkan sebanyak 19.2 juta kes dan 212,000 kematian akibat Covid-19.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img