spot_img
spot_img

Korang faham ke maksud vaksin ?

spot_img

*Vaksin*

Masih ramai yang tidak faham apa itu vaksin.

1. *Vaksin bukan ubat penyembuh.* Ia tidak boleh menyembuhkan pesakit covid19. Pesakit covid19 tidak akan sembuh dengan mengambil vaksin.

- Advertisement -

2. *Vaksin bukan ubat kebal.* Ia tidak boleh menghalang daripada jangkitan covid19. Penerima vaksin masih boleh dijangkiti virus covid19.

*Habis kalau tak boleh menyembuhkan dan tak boleh mengelakkan jangkitan, untuk apa kita divaksin???*

Jawapan kepada soalan ini telah diajar oleh guru sekolah anda dalam matapelajaran *Sains Tingkatan 5 Bab 1 (Mikroorganisma dan Kesannya ke atas Hidupan)* atau *Biologi Tingkatan 5 Bab 1 (Pengangkutan – Keimunan dan Pengimunan (Immunity and Immunisation))*. Kesalahfahaman tidak sepatutnya timbul jika kita menumpukan perhatian sewaktu guru menyampaikan pelajaran dahulu.

- Advertisement -

*Vaksin (vaccine)* ialah ampaian bakteria (suspension of bacteria) atau virus (patogen) yang mati atau dilemahkan. Vaksin disuntik ke dalam badan untuk merangsang limfosit (lymphocytes) untuk menghasilkan antibodi tertentu bagi melawan patogen (antigen).

Tujuan penvaksinan adalah untuk membina imunisasi atau dalam bahasa melayunya daya tahan tubuh. Vaksin dimasukkan ke dalam tubuh untuk membolehkan antibodi dalam badan kita mengenali patogen atau virus. Dengan mengenali patogen atau virus, barulah antibodi badan kita dapat bertindak balas melawan virus tersebut.

*40 staff KKM yang telah divaksin dijangkiti covid19? Imran Khan dijangkiti covid19? Apa jadi?* Jadi jangan salah faham. Badan kita tetap masih boleh dimasuki virus covid19 walaupun setelah divaksin. Dah bagitau kan. Vaksin bukan ubat kebal. Tetapi antibodi badan orang yg telah divaksin akan terus mengenali virus covid19 sebagai patogen, dan melawan virus tersebut. Oleh itu virus akan gagal menambahbiak, merosakkan sistem, sel, dan organ tubuh. Virus akan akan mati dan dikumuhkan, dan peluang untuk virus untuk menjangkiti orang lain pula adalah rendah.

Berbanding dengan mereka yang tidak menerima vaksin. Virus yang masuk ke dalam badan tidak dikenali oleh antibodi tubuh, oleh itu virus bebas membiak, berparti dan merosakkan sel dan organ. Walaupun tidak bergejala, tubuh akan menjadi sarang dan pembawa virus, dan menjangkiti orang² lain di sekitar kita terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja.

*Demam teruk dan kesan sampingan selepas divaksin?* Benar! 3.48% penerima vaksin mengalami kesan sampingan ringan seperti demam, sakit kepala, keletihan, muntah, loya, sakit di sendi dan sengal-sengal di badan selepas divaksin. 0.02% mengalami kesan sampingan serius seperti bengkak dan sesak nafas. Kesan ringan adalah normal kerana tempoh penyesuaian yang berbeza untuk setiap orang. Manakala kesan serius atau simptom penolakan berlaku jika penerima mempunyai alahan terhadap vaksin tersebut.

Walaubagaimanapun kemudaratan jika tidak divaksin adalah lebih tinggi berbanding kesan sampingan vaksin. Penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan sebenarnya adalah golongan yang bakal mengalami kesan yang paling buruk jika dijangkiti covid19! Jika vaksin samada mRNA atau partikel virus yang dilemahkan pun telah mengakibatkan kesan sampingan, Virus yang aktif dan bebas tanpa antibodi tubuh yang dapat mengenalpastinya bakal memberikan kesan yang lebih buruk lagi. Ingat bahawa virus Covid19 telah ada dan akan kekal berada dalam komuniti kita dalam tempoh yang panjang.

Harap penjelasan ringkas ini dapat menguraikan kekeliruan dan salah faham terhadap vaksin

**Suraya**

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img