TERKINI
Dalam Negara Undang-Undang

Mana alamat Pejabat Yayasan Akalbudi yang berdaftar di SSM ?

March 18, 2021 6:49 pm – Zulkiflee Azmee

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pejabat Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid tidak pernah beroperasi di alamat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Notis yang dikeluarkan oleh SSM menunjukkan Yayasan Akalbudi didaftarkan di sebuah alamat di Jalan Raja Abdullah di sini.

Penolong Kanan Penguasa Khairudin Kilau, 44, berkata, hasil kunjungannya di alamat tersebut bagi mengumpulkan dokumen penting milik Yayasan Akalbudi mendapati, pejabat itu tidak beroperasi di situ.

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SSM) itu berkata, selepas memeriksa premis berkenaan, beliau tidak menemukan dokumen milik yayasan bagi membantu siasatan yang dijalankan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid, 68, sedang dibicarakan terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Khairudin menyatakan, beliau menjalankan pemeriksaan di yayasan itu selepas percubaan bagi mendapatkan laporan tahunan, laporan audit dan minit mesyuarat daripada Tetuan Lewis & Co. tidak berjaya.

Menurut saksi pendakwaan ke-99 itu, siasatan awal untuk mendapatkan maklumat bermula pada 2016 manakala siasatan secara terbuka dijalankan pada 2018.

Saksi terakhir itu berkata, pemeriksaan dengan pihak SSM gagal memperoleh sebarang dokumen termasuk laporan tahunan dan audit berkaitan Yayasan Akalbudi.

Ujarnya, beliau turut meminta dokumen-dokumen tersebut daripada Setiausaha Yayasan Akalbudi, Mahinder Kaur namun dimaklumkan bahawa ia tidak disimpan kerana yayasan itu tidak pernah mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Kata saksi itu lagi, Mahinder malah memaklumkan dia tidak menerima sebarang arahan daripada pengurusan yayasan untuk menyediakan laporan audit.

Menurut Khairudin, oleh kerana percubaan untuk memperoleh dokumen daripada Mahinder tidak berjaya, dia bertindak membuat pemeriksaan di alamat yayasan itu berpandukan kepada notis pendaftaran dengan SSM.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili tertuduh, saksi menyatakan Yayasan Akalbudi tidak boleh menerima sumbangan politik kerana ia bukan sebuah parti politik.

Khairudin juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri menerima sumbangan politik yang kemudian disalurkan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi.

Pada sesi soal balas itu, mahkamah turut diberitahu, Ahmad Zahid pernah membuat laporan polis pada 31 Disember tahun lalu berhubung keterangan salah seorang saksi pendakwaan berkaitan dana yang dipegang oleh Tetuan Lewis & Co.

Dalam laporan tersebut, beliau terkejut apabila rakan kongsi syarikat guaman itu memberi keterangan bahawa dana berkenaan adalah milik Yayasan Al-Falah sedangkan dana itu sebenarnya milik Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid turut menyatakan dalam laporan itu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa melantik mana-mana pihak sebagai pemegang amanah kepada Yayasan Al-Falah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – UTUSAN ONLINE

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Pilihanraya PRU15: Parti manakah yang anda pilih?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Live COVID-19 statistics for
Malaysia
Confirmed
9,267
Recovered
8,959
Deaths
125
Last updated: 7 months ago
covid
Makanan tersedia yang boleh turun berat badan.
Live COVID-19 statistics for

Malaysia