spot_img
spot_img

Bersatu optimis mengenai kesepakatan

spot_img

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh berbuat apa- apa sekiranya UMNO berasakan parti itu sebagai ‘abang besar’ atau big brother berhubung jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15.

Pengerusi Bersatu Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya mencari jalan terbaik untuk membuat rundingan semula dengan UMNO supaya dapat bekerjasama dengan parti itu.

“Bagi kita, isu kerusi itu nombor dua. Yang utama adalah kesepakatan. Bersatu amat terbuka. kita memang tak berani, tetapi kalau ajak bergaduh, kita tak lari,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

- Advertisement -

Mengulas perkara sama, Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang berkata, meskipun kedua-dua parti dilihat keras dan tidak mahu bertolak ansur, namun beliau percaya satu kerjasama terhasil menjelang PRU-15 bagi mencapai matlamat yang sama iaitu membentuk kerajaan.

“Saya hormati demokrasi yang diamalkan oleh UMNO. Kita lihat perkara itu sebagai suatu perkara yang matang. Yang membuatkan UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu adalah kerana perebutan kuasa.

“Tetapi orang Melayu bila dah terdesak ni, mereka akan bertaut. Ini adalah politik, bila-bila masa boleh berubah. Masa masih panjang, kita tunggu dan lihat, ” katanya kepada Utusan Malaysia.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dilaporkan menolak kerjasama dengan Bersatu.

Penolakan itu adalah berhubung isu pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu yang akhirnya memaksa Pas untuk menjadi pendamai antara mereka. – UTUSAN MALAYSIA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img