spot_img
spot_img

Kutipan zakat meningkat walau dilanda COVID-19

spot_img

Oleh Mohd Kamal Ahmad dan Iqhram Ahmad (Wacana.my)

KUALA LUMPUR: Ada hikmah di sebalik pandemik COVID-19.  Kita sekurang-kurangnya ramai yang belajar berdikari dan D.I.Y. Kini ramai yang pandai memasak sejak PKP walau berguru di Google dan Youtube atau membuat video call dengan ibu di kampung walaupun hanya untuk membuat cekodok bilis.

Realitinya, COVID-19 melanda sepanjang 2020 dan kesannya banyak perniagaan ditutup manakala individu hilang pekerjaan. Jadi, secara logik kutipan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) PPZ pasti merosot tahun lalu. Namun, di sebalik pandemik itu Allah SWT melimpahkan hikmah melalui kesedaran dan keinsafan di kalangan umat Islam untuk melunaskan kewajipan membayar zakat.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, hikmah yang dikecapi ialah kutipan institusi mencatatkan peningkatan sehingga RM756 juta pada 2020 berbanding RM682 juta pada 2019.

Dari sudut angka, kutipan zakat pendapatan PPZ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meningkat 8 peratus iaitu RM511 juta pada 2020 berbanding RM471 juta sebelumnya, manakala zakat perniagaan RM122 juta daripada RM114 juta bagi tempoh sama.

Katanya, peningkatan ini menunjukkan semakin ramai individu, syarikat korporat mahupun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menunaikan zakat mereka.

- Advertisement -

“Ini menunjukkan Malaysia kaya dengan masyarakat yang prihatin dan suka membantu insan lain yang memerlukan. Ujian COVID-19 ini bukan sahaja menambahkan jumlah asnaf tetapi pada masa sama menambah jumlah hero-hero asnah yang tampil menunaikan zakat,” katanya kepada Wacana.my ketika ditemui di pejabatnya.

Syed Ali berkata, di sebalik kesedaran yang terus meningkat masih ada segelintir umat Islam yang meremehkan kewajiban itu. Ini antara lain disebabkan mereka tidak mendapat pendedahan dan penjelasan selain dikongkong tanggapan zakat hanya dilunaskan pada Ramadan iaitu zakat fitrah.

Beliau berkata, perspektif negatif terhadap institusi zakat turut menyebabkan masih ada yang tidak membayar zakat malah mempersoalkan agihan wang zakat.

Justeru, antara pendekatan PPZ-MAIWP ialah bersemuka dengan individu dan komuniti korporat untuk menerangkan tanggungjawab mereka.

Menerusi satu sesi pertemuan dengan seorang ahli pernigaan, beliau berjaya menyakinkan individu itu yang bersetuju membayar zakat RM500,000 serta-merta dan meningkatkan lagi jumlahnya untuk zakat 2021.

Pendekatan lain ialah menjalankan kempen dan promosi, pelaksanakaan skim Potongan Zakat Bulanan (PZB) sebagai kaedah bayaran zakat yang muda melalui potongan gaji selain tawaran mendapat 100 peratus rebat cukai pendapatan.

Selain itu, pembayar zakat di PPZ-MAIWP akan dilindungi Skim Kafalah Muzzaki atau khairat kematian di mana pewaris layak menuntut RM3,000 sebagai penghargaan daripada institusi itu.

Syed Ali berkata, skim wakallah yang ditawarkan juga menyumbang peningkatan jumlah pembayar zakat apabila PPZ-MAIWP akan menyerahkan semula 37.5 peratus zakat itu kepada sesiapa yang membayar zakat melebihi RM25,000 setahun dan wang itu akan mereka agihkan sendiri kepada kelompok sasaran sebagai program CSR.

Wakallah bagi pembayar zakat yang melebihi RM1 juta setahun pula ialah 50 peratus. Menerusi kaedah ini, pembayar zakat hanya perlu mengisikan borang tertentu dan menamakan penerimanya bagi melayakkan mereka menerima wakallah.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img