spot_img
spot_img

Rakyat Malaysia ahli lembaga pengarah syarikat minyak Amerika Syarikat

spot_img

KUALA LUMPUR: Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tenaga, Exxon Mobil Corporation (ExxonMobil).

Pelantikan itu sekali gus menjadikan beliau sebagai individu pertama bukan rakyat Amerika Syarikat (AS) dilantik dalam sejarah penubuhan syarikat tersebut.

Pengerusi Exxon Mobil, Darren Woods mengalu-alukan pelantikan Wan Zulkiflee menerusi kenyataan semalam.

- Advertisement -

“Dengan kepakaran beliau dalam industri global dan pengalaman berkaitan perubahan tenaga menjadi pelengkap kepada barisan lembaga pengarah syarikat yang berpengalaman,” katanya.

Menerusi pelantikan itu, lembaga pengarah ExxonMobil bertambah kepada 11 orang, dengan 10 daripadanya adalah pengarah bebas.

Wan Zulkiflee merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas melepaskan jawatan nombor satu dalam syarikat petroleum negara setelah berkhidmat selama 37 tahun.

- Advertisement -

Beliau memimpin pelbagai inisiatif kecekapan dan pertumbuhan strategik, selain penyertaan syarikat minyak dan gas nasional itu ke dalam sektor bahan kimia khusus, ketika mengetuai Petronas dari 2015 hingga 2020.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img