spot_img
spot_img

Sambutan hari Wilayah Persekutuan 2021 dalam norma baharu

spot_img

Warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bakal menyambut Hari Wilayah Persekutuan ke-17, pada hari esok, Isnin, yang disambut setiap 1 Februari tetapi kali ini, ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam kesibukan memerangi pandemik Covid-19 dan menyesuaikan kehidupan normal baharu, pembangunan dan kemodenan membabitkan kemudahan infrastruktur, prasarana dan sosioekonomi masih dapat dinikmati warga ketiga-tiga wilayah terbabit di bawah seliaan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Contohnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan perancangan jangka panjang menerusi Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 dengan menetapkan visi ‘Kuala Lumpur Bandar Untuk Semua’ yang menekankan pengukuhan inklusiviti dan komuniti bandar saksama.

- Advertisement -

Begitu juga Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menjadi bandar ikon negara untuk pusat pentadbiran kerajaan dan Perbadanan Labuan sebagai bandar bebas cukai.

Walaupun semua pihak boleh berbangga dengan pencapaian pentadbir dalam membangunkan ketiga-tiga wilayah itu, ‘sense of belonging’ dalam kalangan warganya dilihat masih lagi jauh ketinggalan.

Pembangunan dalam memastikan keselesaan penduduk tidak hanya terletak sepenuhnya kepada pihak pentadbir, kerjasama warga kota sebagai penerima manfaat juga amat penting bagi menjayakan sebarang agenda pembangunan.

- Advertisement -

Titah yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila menzahirkan harapan supaya rakyat terus beristiqamah dalam kawalan kendiri dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam keadaan negara kritikal menghadapi pandemik Covid-19 perlu dipatuhi.

Pandemik Covid-19 memberikan satu pengajaran yang amat bermakna kepada rakyat Malaysia dan Seri Paduka Baginda menzahirkan kesyukuran kerana semua pihak mampu menangani dan memerangi krisis ini kerana sikap prihatin.

 

Begitu juga dengan golongan B40 dan M40 yang sememangnya terkesan dengan pandemik dialami negara ketika ini harus sabar dalam menempuh sebarang dugaan.

Apa pun ketiga-tiga Wilayah Persekutuan juga digalakkan memeriahkan suasana dengan menyalakan lampu bagi mewujudkan suasana ‘perayaan’ dan mengibarkan bendera indah di kediaman dan bangunan.

Sejarah penubuhan, pembangunan infrustruktur dan program kesejahteraan rakyat setiap Wilayah Persekutuan juga akan dipaparkan dalam bentuk digital di media sosial, laman web rasmi kementerian dan agensi berkaitan serta ‘billboard’ elektronik di Menara DBKL 1, Dataran Merdeka dan hadapan Wisma Perbadanan Labuan.

Warga Wilayah Persekutuan juga digalakkan menyambut acara ini dengan cara tersendiri secara kreatif antaranya berkongsi gambar serta video di media sosial dengan tanda pagar #WilayahPersekutuanWilayahPrihatin dan #kibarbenderaWP.

Semoga 2021 memberi sinar baru kepada kita semua dan bersama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 ini.
Lengkapkan diri kita dengan seberapa banyak ilmu terutama dalam aspek kewangan supaya kita lebih bersedia apabila dilanda musibah.

Bagi yang mempunyai kemampuan kewangan yang lebih, inilah masa untuk kita sama-sama membantu menaikkan semula ekonomi negara terutama kepada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (SME) dengan berbelanja secara berhemat, melancong di dalam negara dan sebagainya tanpa berkompromi dengan segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya
Pengerusi Perhubungan Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan (BPNWP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img