spot_img
spot_img

Sistem IT rapuh, agensi bertanggungjawab tiada uji nilai

spot_img

KUALA LUMPUR: Sistem teknologi maklumat (IT) laman jabatan kerajaan dan agensi keselamatan yang dipasang pembekal tidak menjalani sebarang uji nilai dan pemantauan rapi membuka ruang untuk digodam.

Itu antara punca yang membabitkan beberapa insiden pencerobohan dan serangan siber terhadap sistem IT dan siber agensi keselamatan melibatkan pihak tidak bertanggungjawab, sebelum ini.

Malah, sistem tersebut disifatkan lapuk dan tidak mengikut piawaian terkini sehingga mudah diceroboh ekoran kerenah birokrasi dalam tempoh proses perolehan dibuat.

- Advertisement -

Apa yang membimbangkan, agensi yang dipertanggungjawab juga dilihat seolah-olah mengambil sikap ‘lepas tangan’ tanpa membuat pemantauan rapi terhadap mana-mana sistem IT yang dipasang.

Menurut sumber pihak berkuasa, beberapa perkara penting termasuk kandungan kontrak semasa perolehan dibuat juga menimbulkan banyak persoalan.

“Pembelian sistem siber dan IT melibatkan beberapa agensi lain termasuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

- Advertisement -

“Ini sudah pasti memakan masa. Jika proses cepat, sistem IT dan siber kita pasti canggih. Mungkin ada lebih baik jika beberapa klausa ditambah dalam kontrak termasuk memasang sistem mengikut teknologi semasa dengan kos minimum daripada harga asal sekiranya perolehan lambat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini .

Beliau mengulas isu portal web Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipercayai digodam pihak tidak bertanggungjawab dengan mempamerkan gambar tidak senonoh sebelum ini.

Di samping itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan mengambil langkah pencegahan bagi meminimumkan impak serangan siber susulan penularan video ‘Anonymous Malaysia’ mengugut untuk menggodam sistem IT dan laman web kerajaan.

Semalam, Anonymous Malaysia memberi amaran kedua akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan dan aset dalam talian yang dinamakan #OpsWakeUp21.

Sumber berkata, agensi bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bertindak segera dan mencari alternatif untuk menguji sistem baharu.

“SKMM perlu melaksanakan ujian ‘pencerobohan’ untuk mengenal pasti kelemahan dalam satu-satu sistem sebelum diserahkan sepenuhnya kepada agensi terlibat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Presiden Gerakan Belia Teknologi Asia Pasifik, Khaireel Azlee Abd. Aziz berkata, tahap keseriusan dan kesungguhan kerajaan bagi mendapatkan teknologi terkini dipertikaikan lebih-lebih lagi selepas insiden membabitkan sebuah agensi baru-baru ini di laman Twitter.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kepesatan teknologi yang begitu pantas dan menelan kos yang amat tinggi berkemungkinan menyebabkan proses perolehan aset berkaitan sistem siber terganggu.

“Memang tidak dinafikan kalau kita ke balai polis berhampiran pun sistem komputer yang digunakan adalah yang tidak dikemas kini atau telah lama.

“Contoh masih ada penggunaan mesin cetak jenis ‘dot matrix karbon’ yang digunakan pada hujung 80-an. Jadi memang kita melihat perkara ini dari sudut material. Kesungguhan PDRM dan ATM dalam memilih teknologi paling baharu dalam pertahanan siber pun kita tak tahu bagaimana tahap seriusnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khaireel Azlee berkata, proses tender dan birokrasi dalam aspek perolehan di jabatan kerajaan memberi kesukaran untuk membangunkan sistem teknogi maklumat di negara ini. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img