spot_img
spot_img

Hala tuju baharu agenda bumiputera

spot_img

PETALING JAYA: Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) telah membentangkan hala tuju baharu agenda bumiputera untuk 10 tahun akan datang, iaitu Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) yang antara lain bermatlamat merapatkan jurang ekonomi bumiputera dengan etnik lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, usaha merealisasikan usaha tersebut akan berpaksikan enam bidang keutamaan dan tujuh aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA) yang telah dikenal pasti.

“Selama berpuluh tahun kita ada dasar-dasar sebelumnya, angka-angka yang menunjukkan peningkatan (pembangunan) bumiputera itu melandai, tidak nampak sumbangan yang signifikan.

- Advertisement -

“Hari ini kita telah menerima perakuan daripada ahli majlis (MKB) supaya kita mengambil langkah yang lebih bersasar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Mesyuarat MKB di Ibu Pejabat Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di sini semalam.

Menurut Mohd. Redzuan, Teraju akan berperanan sebagai sekretariat kepada TPB2030 yang akan memacu serta merangka pelan TPB2030.

- Advertisement -

TPB2030 menggariskan penyampaian perkhidmatan, modal insan, pemilikan kekayaan, keusahawanan, ekuiti korporat dan tanah rizab Melayu, wakaf serta adat sebagai bidang keutamaannya.

Menurut Mohd. Redzuan, pindaan terhadap enam bidang keutamaan tersebut mungkin dibuat kerana terdapat permintaan daripada ahli MKB untuk menambah beberapa bidang seperti tenaga hijau dan industri kreatif.

TPB2030 turut menyenaraikan tujuh KEGA yang merangkumi sektor-sektor ekonomi bernilai tinggi iaitu kewangan Islam, ekonomi digital, logistik, pengangkutan dan kelestarian mobiliti, pelancongan, pertanian dan komoditi serta makanan dan pembuatan.

Mohd. Redzuan menjangkakan inisiatif tersebut memerlukan suntikan dana sebanyak RM130 bilion yang mana RM50 bilion daripadanya diambil dari sektor awam manakala selebihnya dari sektor swasta.

Beliau turut mengesahkan usaha menangani aktiviti sabotaj ekonomi yang menjadi antara intipati bab Keberhasilan Bumiputera dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) turut diambil perhatian dalam TPB2030.

Menurut WKB2030, aktiviti sabotaj ekonomi termasuk ketirisan dalam perolehan kerajaan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penjualan lesen kepada pihak tertentu. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img