spot_img
spot_img

16 tahanan lokap Balai Polis Mantin positif Covid-19

spot_img

SEREMBAN: Seramai 16 tahanan lokap Balai Polis Mantin dekat sini yang telah menjalani saringan baru-baru ini disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, kesemua mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada seorang tahanan lelaki yang telah diambil dari Penjara Sungai Udang, Melaka dan didapati positif Covid-19 setelah dihantar ke sebuah penjara di utara Semenanjung.

“Kesemua 16 tahanan ini akan dipindahkan oleh Kementerian Kesihatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Penjara Sungai Buloh, Selangor dengan kawalan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

- Advertisement -

Jelas beliau, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seremban bagi mengawal penularan Covid-19 dalam kalangan warga IPD Nilai dan juga tahanan yang berada dalam jagaan IPD.

“Kini seramai 31 anggota IPD Nilai yang dikenal pasti menjadi kontak rapat kepada tahanan yang positif itu telah disaring dan mereka kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

“Semua balai-balai polis dan bangunan pentadbiran IPD Nilai telah disanitasi dan masih beroperasi seperti biasa,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img