spot_img
spot_img

PKP : Meeting bersemuka masih dilarang

spot_img

KUALA LUMPUR – Kerajaan sekali lagi menegaskan mesyuarat secara bersemuka adalah dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, larangan dan prosedur operasi standard (SOP) itu terpakai kepada semua pihak termasuk kementerian dan agensi kerajaan.

“Tiada siapa yang terkecuali dalam arahan atau peraturan ini dan tiada sebab ada (dalam) kalangan kementerian atau agensi untuk berbuat demikian.

- Advertisement -

“Kita tak mahu ada ‘double standard’ (pilih kasih) dalam peraturan. Malah, sidang mesyuarat khas MKN (Majlis Keselamatan Negara) juga dilaksanakan secara maya,” katanya pada sidang akhbar media perkembangan PKP di Wisma Pertahanan di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas laporan terdapat agensi kerajaan dan organisasi lain yang mengadakan mesyuarat secara bersemuka dalam tempoh PKP ketika ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengingatkan semua pemilik premis perniagaan agar akur dengan senarai jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

- Advertisement -

Jelasnya, senarai perniagaan atau perkhidmatan perlu serta rantaiannya telah dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Tak kira premis itu dalam pusat beli belah, hypermarket (pasar raya besar) atau tepi jalan sekalipun, SOP dan senarai terlarang tetap sama. Jika yang buka (bagi senarai terlarang), ini (adalah) pelanggaran SOP dan tindakan boleh diambil,” katanya.

Mengenai aduan kelewatan bantuan disalurkan kepada keluarga yang terpaksa dikuarantin bersama ahli keluarga pesakit Covid-19, beliau berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada KKM untuk tindakan lanjut.

Beliau menyarankan agar individu terlibat segera melaporkan kepada KKM atau pejabat kesihatan daerah (PKD) untuk mendapatkan bantuan kesihatan, bagi bekalan makanan pula adalah di bawah tanggungjawab keluarga sendiri. – Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img