spot_img
spot_img

“Zahid sila letak jawatan”

spot_img

IPOH: Kain rentang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO ‘merebak’ ke negeri ini iaitu di Kuala Kangsar dan Tanjung Malim.

Di Kuala Kangsar, dua kain rentang berkenaan ditemukan semalam iaitu di tengah-tengah bandar dan di Padang Rengas.

Satu lagi kain rentang mengandungi tulisan sama ditemukan tergantung di papan tanda pintu masuk ke Felda Besout, Slim River dekat Tanjung Malim.

- Advertisement -

UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan Bahagian Tanjung Malim menafikan memasang kain rentang berkenaan dan membuat laporan polis semalam serta hari ini.

Sebelum ini, kain rentang yang sama ditemukan di sekitar Shah Alam, Selangor.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Maslin Sham Razman berkata, laporan polis dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat pihak yang bertanggungjawab memasang kain rentang berkenaan.

- Advertisement -

Menurutnya, di lokasi kain rentang yang dipasang di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

“Kami minta polis siasat rakaman CCTV berkenaan kerana mereka mempunyai akses untuk mengenal pasti pihak yang memasang kain rentang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Maslin Sham percaya kain rentang di Kuala Kangsar dan di Tanjung Malim serta lain-lain tempat yang temukan sebelum ini dilakukan oleh orang yang sama.

“Ini berdasarkan tali terdapat pada poster yang ditemukan di Kuala Kangsar dan di Tanjung Malim adalah tali sama,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd. Zaidi Aziz turut menafikan kain rentang yang ditemukan di Felda Besout dilakukan oleh ahli UMNO di bahagiannya.

“Ia adalah satu fitnah yang berlaku dan ia dilihat berleluasa dalam masyarakat hari ini. Ini jelas propaganda pihak tertentu,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Berdasarkan maklumat di dalam Facebook itu, laporan polis dibuat oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Malim, Sulong Jamil Mohamed Shariff di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Slim River, semalam. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img