spot_img
spot_img

Panggung wayang pandu lalu di Riyadh

spot_img

RIYADH: Arab Saudi membuka panggung wayang pandu lalu yang pertama di negara itu, di ibu kota Riyadh.

Selain memastikan pelaksanaan jarak selamat, pemeriksaan suhu badan dan pemakaian pelitup muka juga diwajibkan.

Panggung wayang pandu lalu itu boleh menampung 150 kenderaan dalam satu-satu masa, lapor agensi berita Anadolu.

- Advertisement -

Selain ditayangkan filem Arab, para penonton juga boleh menikmati filem-filem Holywood dan Bollywood.

Kegiatan menonton filem di kawasan terbuka seperti itu semakin popular di negara Asia Barat dengan semakin banyak panggung wayang pandu lalu sepertinya dibuka, lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19 sekarang.

Panggung wayang pandu lalu yang sama mula dibuka di Dubai dan Beirut, sejak awal tahun ini.

- Advertisement -

Pada April 2018, buat julung-julung kalinya Arab Saudi membuka semula panggung wayang selepas 35 tahun, sebagai sebahagian daripada usaha negara itu mempromosikan aktiviti-aktiviti hiburan dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatannya dan mengurangkan penggantungan kepada minyak. – AGENSI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img