spot_img
spot_img

Pelaburan RM40b di Kedah

spot_img

ALOR SETAR: Kedah bakal meĀ­nerima pelaburan baharu mencecah RM40 bilion daripada Widad Business Group Sdn. Bhd. (Widad) bagi pembangunan projek-projek berimpak tinggi di Pulau Langkawi.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, melalui pelaburan itu, syarikat berkenaan akan membangunkan kawasan seluas kira-kira 800 hektar di Padang Matsirat, Langkawi.

Menurutnya, sebanyak 90 peratus daripada pembangunan itu adalah di kawasan laut yang akan melalui proses tebus guna tanah.

- Advertisement -

ā€œPelaburan ini dalam tempoh 15 hingga 20 tahun, akan mencecah RM40 bilion dan difahamkan Widad turut mengadakan usaha sama dengan syarikat lain melibatkan pelaburan dalam dan luar negara bagi membawa projek baharu, kebanyakannya berkaitan pelancongan ke Langkawi.

ā€œKita anggap mereka serius kerana syarikat ini telah membayar yuran komitmen berjumlah jutaan ringgit kepada kerajaan negeri kelmarin, selepas mereka membangunkan 40 peratus kawasan tersebut,ā€ katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Muhammad Sanusi menambah, Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi pelaburan bernilai RM40 bilion itu pula dianggarkan berjumlah RM20 bilion setahun.

- Advertisement -

ā€œPembangunan projek itu melibatkan banyak sektor antaranya industri, komersial, sukan, hospital, universiti serta perumahan dengan kebanyakannya tertumpu kepada industri berimpak tinggi.

ā€œSaya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pengerusi Eksekutif Widad, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah yang juga anak Kedah atas pelaburan ini,ā€ katanya.

Sementara itu, Muhammad Ikmal dalam satu kenyataan berkata, selain meningkatkan status Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkenal, projek itu juga membantu menarik kemasukan pelaburan asing.

ā€œPembangunan Widad@Langkasuka ini akan meranĀ­cakkan ekonomi tempatan dan menyediakan lebih baĀ­nyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

ā€œBagi negeri Kedah, ia akan membantu meningkatkan pendapatan tambahan daripada pelancongan selain kenaikan nilai tanah di kawasan sekitarnya,ā€ katanya. ā€“ UTUSAN

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img