spot_img
spot_img

PKP: Bicara Ahmad Zahid tangguh ke 27 Januari

spot_img

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah, pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan pada 27 Januari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran ketika dihubungi berkata, bagaimanapun sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan berakhir 26 Januari ini disambung, perbicaraan itu akan bermula pada 22 Februari depan.

Perbicaraan tersebut sepatutnya bersambung hari ini hingga 21 Januari ini.

- Advertisement -

Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa atas 10 pertuduhan melakukan pecah amanah wang milik Yayasan Akalbudi berjumlah RM20,833,733.69.

Wang tersebut antara lain didakwa digunakan bagi pembayaran kad kredit milik persendirian, pembayaran polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian serta sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zahid didakwa atas lapan tuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat berbeza sebagai dorongan bagi membantu syarikat-syarikat itu mendapatkan projek penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia.

- Advertisement -

Selain itu, Presiden UMNO itu juga menghadapi 27 pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram antara 2016 sehingga 2018 mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA). – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img