spot_img
spot_img

AS perketat sekatan pelaburan di China

spot_img

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah memperketat sekatan yang bermula November lalu ke atas pelaburan negara itu dalam apa yang didakwa sebagai syarikat ketenteraan China.

Perkara tersebut diumumkan kerajaan AS kelmarin, sekali gus mengekang akses syarikat China ke dalam pasaran modal AS beberapa hari sebelum Trump melepaskan jawatan.

Di bawah pindaan perintah itu, menjelang 11 November 2021, pelabur AS perlu melucutkan sepenuhnya pegangan mereka dalam syarikat-syarikat yang dikategorikan oleh Jabatan Pertahanan sebagai dimiliki atau dikawal pasukan tentera China.

- Advertisement -

Pindaan tersebut meluaskan skop perintah eksekutif yang asal pada November, awalnya hanya untuk menyekat pelabur AS daripada membeli saham pada tarikh tersebut.

Sebelum ini, Reuters pernah melaporkan bahawa pindaan tersebut sedang dipertimbangkan.

Seorang pegawai pentadbiran kanan memberitahu Reuters bahawa perintah eksekutif tersebut akan memastikan AS mempu­nyai alat utama untuk melindungi pelabur AS daripada mendanai pemodenan ketenteraan China.

- Advertisement -

Perintah tersebut adalah sebahagian daripada usaha Trump untuk mengekalkan legasi pendekatan kerasnya terhadap China sepanjang tempoh beliau memegang jawatan Presiden.

Ia turut dilihat memberi cengkaman kepada undang-undang 1999 yang mempertanggungjawabkan Jabatan Pertahanan untuk membuat draf senarai syarikat China yang dipercayai dimiliki atau dikawal oleh pasukan tentera republik itu.

Antara syarikat yang disenarai hitam Jabatan Pertahanan AS setakat ini ialah syarikat pembuat cip ternama China, Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC) dan syarikat minyak gergasi, China National Offshore Oil Corporation (CNOOC).

Walau bagaimanapun, kelmarin, Reuters dan beberapa media lain melaporkan bahawa pentadbiran AS telah membatalkan rancangan untuk menyenaraihitamkan syarikat teknologi gergasi Alibaba, Baidu dan Tencent.

Kedutaan China di Washington tidak memberikan respons segera berkenaan isu tersebut. – AGENSI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img