spot_img
spot_img

KRM tunggu dan lihat

spot_img

Kuala Lumpur: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengambil pendekatan tunggu dan lihat bagi menganjurkan sebarang pertandingan kompetitif dalam masa terdekat.

Setiausaha Kehormat KRM Amrul Hazarin Hamidon berkata, pihaknya terpaksa membatalkan beberapa kejohanan dalam tempoh terdekat memandangkan penganjurannya membabitkan kos tinggi sekali gus membebankan pasukan dan pihak berkaitan.

Beliau berkata, ketika ini, sukan ragbi terpaksa menyambung tempoh berehat dengan kemungkinan menganjurkan sebarang pertandingan bermula April depan.

- Advertisement -

“KRM memang sudah merancang beberapa pertandingan membabitkan akar umbi dan pasukan senior bermula bulan ini namun semuanya terpaksa ditangguhkan apabila banyak perkara perlu dipertimbangkan.

“Antaranya, adalah membabitkan kos penganjuran yang meningkat mendadak apabila setiap pasukan perlu membuat ujian calitan selain beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang terlalu ketat.

“Kami memahami situasi berkenaan bagi mengelak penularan Covid-19 dan lebih baik peningkatan kos itu digunakan kepada program pembangunan akar umbi,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

- Advertisement -

Sementara itu, beliau berkata, ketika ini KRM belum lagi mempertimbangkan kerjasama membabitkan persatuan ragbi negara lain dalam masa terdekat.

“Kami perlu melihat beberapa aspek sebelum menjalinkan kerjasama dengan persatuan ragbi negara lain kerana tidak mahu inisiatif berkenaan dilihat sia-sia sahaja tanpa sebarang manfaat.

“Sebelum ini kami pernah menandatangani persefahaman dengan Persatuan Ragbi New Zealand dan ia sudah berakhir pada 2018. Jadinya, kami akan pertimbangkan lagi inisiatif berkenaan pada masa akan datang demi pembangunan sukan ragbi negara,” katanya.

-Syazwan Msar Arena Metro

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img