TERKINI
BERITA Buletin Dalam Negara Sukan

Jom undi Nicol Atlet Terunggul

January 11, 2021 10:08 am – denver

Kuala Lumpur: Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David adalah wakil tunggal dari rantau Asia dalam buruan Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.

Pemegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 37 tahun itu akan bersaing dalam undian dalam talian dengan 23 calon lain mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu (1981 hingga 2017).

Semua 24 atlet tersebut dicalonkan oleh persekutuan sukan antarabangsa masing-masing.

Orang awam boleh mengundi juara dunia sebanyak lapan kali dari Malaysia itu di https://www.theworldgames.org/awards/The-World-Games-Greatest-Athlete-of….

Pada 20 Januari ini, 10 calon dengan undi terbanyak akan disenaraipendek manakala pemenang gelaran itu akan diumumkan pada 1 Februari ini.

-BERNAMA

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid