TERKINI
BERITA Dalam Negara

PM tinjau program inisiatif PENJANA

January 8, 2021 1:35 am –

7 Januari : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkunjung ke SG Academy di Sentul, Kuala Lumpur, untuk meninjau pelaksanaan program peningkatan dan pemahiran semula (reskilling and upskilling) bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Perdana Menteri berkesempatan melihat sendiri fasiliti di pusat tersebut dan bertemu dengan para pelatih yang menyertai kursus jangka pendek yang ditawarkan di situ iaitu program kulinari dan pengendalian dron.

Daripada perbualan beliau dengan para pelatih, didapati para pelatih datang dari pelbagai latar belakang. Ada antaranya graduan, siswazah menganggur, mereka yang telah diberhentikan kerja dan ada juga yang memiliki perniagaan tetapi mahu meningkatkan kemahiran.

Semasa melawat kelas latihan dron, Perdana Menteri teruja melihat kelengkapan yang disediakan malah jurulatih yang mengendalikan program itu juga berpengalaman dalam meningkatkan kompetensi para pelatih.

Perdana Menteri gembira apabila diberitahu oleh para pelatih bahawa program ‘upskilling dan reskilling’ yang merupakan inisiatif di bawah PENJANA membantu mereka untuk mencorakkan kehidupan yang lebih baik selepas menamatkan latihan kelak.

Sehingga 31 Disember 2020, seramai 134,736 individu telah mengambil bahagian dalam program ‘upskilling dan reskilling’ di seluruh negara.

Perdana Menteri mendoakan kesemua pelatih di bawah program ‘upskilling dan reskilling’ yang sedang mengikuti latihan di seluruh negara mendapat manfaat daripada inisiatif Kerajaan ini seterusnya dapat kembali bersaing dan segera memasuki pasaran pekerjaan.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid