spot_img
spot_img

Harimau Malaya sedia sebarang kemungkinan

spot_img

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya terbuka menerima apa jua nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahupun pihak berwajib Emiriah Arab Bersatu (UAE), termasuk jika diminta untuk memakai Sut Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) ketika kunjungan pasukan kebangsaan ke UAE bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, pihaknya akan mendapatkan maklumat dan nasihat terperinci berkaitan penjagaan kesihatan pemain dan pegawai bagi mengelak daripada dijangkiti Covid-19 ketika melakukan perjalanan ke negara Asia Barat itu nanti.

Katanya, idea pemakaian PPE itu sangat baik namun segala-galanya tertakluk kepada arahan pihak berkuasa kedua-dua negara.

- Advertisement -

“Setakat ini kita tak ada memikirkan lagi sampai ke situ lagi (pakai PPE), tetapi jika ada nasihat daripada KKM, kalau itu berlaku, maknanya kita kena ikut lah.

“Tapi setakat ini FAM akan memantau situasi di sana dulu. Kita pun tak tahu, kita pergi bulan tiga, mungkin keadaan masa itu dah berubah.

“Keduanya, apabila dah tiba waktu nak pergi nanti baru kita akan ikut SOP (prosedur operasi standard) yang terkini ataupun, ada keperluan kena pakai kita terpaksalah pakai juga,” katanya.

- Advertisement -

Menerusi laporan akhbar hari ini, skuad kebangsaan disaran mencontohi apa yang yang dilakukan oleh pasukan badminton negara apabila memakai PPE untuk ke Bangkok bagi menyertai Terbuka Thailand.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe yang akan menentang UAE di sana dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Mac nanti harus mengenakan PPE bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pemain serta pegawai daripada dijangkiti Covid-19.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, penggunaan PPE dilihat sesuai terutama ketika pasukan berada di dalam pesawat dan sebaik tiba di UAE bagi memastikan pasukan terhindar daripada virus itu.

Yusoff yang turut bertindak sebagai pengurus pasukan menjelaskan, UAE juga mempunyai SOP tersendiri yang perlu diikuti oleh pasukan negara.

“Kadang-kadang negara yang kita nak pergi itu pun akan hantar SOP mereka. Mereka pun tak nak kita masuk suka-suka. Kita akan mengikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan kedua-dua negara,” katanya.

-Firdaus Hashim Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img