spot_img
spot_img

“Berhenti main isu politik, fokus bantu rakyat” – Wan Saiful

spot_img

KUALA LUMPUR  8 Jan. – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU),  Wan Saiful Wan Jan berkata, ahli politik digesa berhenti bermain isu politik, sebaliknya perlu fokus kepada usaha membantu rakyat.

Berikut adalah komen Wan Saiful mengenai kenyataan Tun M yang menyatakan bahawa BERSATU tidak mampu untuk melawan UMNO serta menggesa Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

“Seluruh ahli BERSATU menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan berasa beliau tidak perlu ke mana-mana,”

- Advertisement -

“Rakyat kini berada dalam kesusahan akibat Covid-19 dan bencana banjir di beberapa kawasan di Malaysia,” katanya dalam Majlis CSR PTPTN bersama Persatuan Penduduk PDRM Setiawangsa, di sini semalam.

Di samping itu, Wan Saiful berkata, pihaknya bercadang menubuhkan skuad prihatin bagi membantu rakyat dengan cara lebih tersusun.

“Fokus kami adalah untuk mengurangkan politik berlebihan dan fokus dalam membantu masyarakat supaya negara boleh maju ke hadapan,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img