spot_img
spot_img

UMNO bimbang Bersatu akan meluaskan pengaruh

spot_img
KUALA LUMPUR: UMNO bertindak drastik untuk membawa usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana dilihat bimbang Bersatu akan meluaskan pengaruhnya.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Pawi berpendapat UMNO mengambil pendekatan sedemikian supaya parti tersebut dapat semula kekuatannya dan menguasai politik arus perdana.
“Saya lihat sekiranya UMNO tidak membuat keputusan yang drastik, saya kira ia akan memberikan ruang kepada Bersatu untuk lebih berkembang.
“Dari segi persaingan politik, kami dapat melihat menerusi pengumuman oleh Setiausaha Agung Bersatu sendiri mengenai pembukaan ribuan cawangan dalam masa terdekat.

“Ini pasti akan mencemaskan UMNO dan sekiranya dibiarkan berterusan, maka terdapat pelbagai usaha (daripada Bersatu) untuk menarik penyokong UMNO ke parti itu dan pelbagai taktik lain akan digunakan,” kata Dr Awang Azman dalam temu bual bersamaBuletin AWANI pada Khamis.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa partinya menyasarkan untuk mempunyai 8,000 cawangan di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau berkata UMNO kelihatan lebih yakin untuk bekerjasama dengan Pas.
“Itu atas keyakinan mereka kerana mereka hanya bekerjasama dengan Pas, maka pengagihan kerusi tidak perlu dilakukan dengan lebih banyak.
“Sekiranya berkongsi dengan Bersatu, secara automatik UMNO tidak akan dominan lagi,” katanya.
Pada Rabu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, partinya akan membawa usul memutuskan hubungan dengan Bersatu dan mempertahankan hubungan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari ini.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img