TERKINI
Politik

Pejuang tarik balik permohonan semakan kehakiman

January 7, 2021 12:42 pm – Kamal Hafiz

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebentar tadi menarik balik permohonan semakan kehakiman bagi mendapat perintah Mahkamah Tinggi agar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membuat keputusan berhubung status pendaftaran parti itu sebagai parti politik.

Perkara itu berikutan tindakan ROS menghantar surat kepada Pejuang pada saat-saat akhir bagi memaklumkan keputusan badan itu menolak permohonannya untuk mendaftarkan parti tersebut sebagai parti politik.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Pejuang memberitahu pihak media di luar mahkamah bahawa Pejuang menerima surat makluman tersebut kira-kira pukul 5.50 petang semalam.

Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan Pejuang bagi mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan ROS yang tidak membuat keputusan sama ada melulus atau menolak pendaftaran parti berkenaan secara rasmi sebagai parti politik.

Permohonan itu sepatutnya didengar di hadapan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya di sini pagi ini. – UTUSAN ONLINE

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid