TERKINI
Politik

Pakar kesihatan rayu campur tangan Agong henti PRU15, barisan hadapan tertekan

January 7, 2021 2:09 pm –
KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan berharap terdapat campur tangan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengelakkan Pilihan Raya Umum (PRU) berlaku dalam waktu terdekat.
Ini susulan suhu politik tanah air semakin panas dengan terdapat gesaan beberapa pihak yang mahu mengadakan PRU dalam masa terdekat.
Menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, Al-Sultan Abdullah boleh menasihati ahli politik dan kerajaan supaya mengimbangi antara kepentingan PRU dan kemaslahatan umum.

“Kita bukan menentang PRU, tapi bukan sekaranglah. Kita harapkan sekiranya perlu campur tangan Baginda Agong atau Majlis Raja-Raja Melayu

“Pertamanya memberi nasihat kepada ahli politik dan kerajaan supaya mengimbangi kepentingan antara mengadakan PRU dan kemaslahatan umum,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.

Sementara itu, pandangan sama turut dikongsi Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman yang merayu agar pemimpin politik tidak mengemukakan cadangan mengadakan PRU dalam masa terdekat.
“Sebaliknya menumpukan kepada memperkasakan komuniti masing-masing di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) agar memastikan setiap individu melaksanakan pencegahan dan kawalan bagi memabntu barisan hadapan turunkan kes-kes sedia ada,” ujarnya.
Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan wabak COVID-19 yang berada pada ‘tahap genting’ ketika ini.
Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi pada Rabu iaitu 2,593 kes menjadikan jumlah kumuluatif sebanyak 125,438 kes.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid