spot_img
spot_img

Kes harian COVID-19 boleh cecah 8,000 kes sehari

spot_img

KUALA LUMPUR: Statistik kes baharu COVID-19 berkemungkinan meruncing dengan unjuran 8,000 kes sehari seawal minggu ketiga Mac depan, sekiranya nilai kebolehjangkitan (RO) melepasi kadar 1.2.

Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikekalkan dengan RO dicatat pada kadar 1.1, unjuran kebolehjangkitan COVID-19 mencecah 8,000 kes sehari dapat diperlahankan sehingga minggu kedua Mei.

Kementerian Kesihatan (KKM) meramalkan gelombang ketiga pandemik itu boleh meningkat secara mendadak kepada 5,000 kes harian menjelang minggu ketiga Februari dan terus melonjak pada Mac jika RO kekal pada tahap 1.2.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, menegaskan adalah penting RO diturunkan kepada nilai atau kurang daripada 0.5 untuk mengawal jangkitan sepenuhnya.

“Jika RO meningkat pada kadar 1.2, kes harian COVID-19 boleh mencecah 3,000 kes pada minggu keempat bulan ini, namun statistik itu mungkin bermula pada minggu kedua Februari jika RO ialah pada 1.1,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sehingga 5 Januari lalu, RO COVID-19 di negara ini berada pada paras 1.07.

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img