spot_img
spot_img

Jika tidak bersama BERSATU, dengan siapa kita ingin bekerjasama ?

spot_img
Kuala Lumpur 6 Januari : Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengikuti rapat perkembangan yang sedang berlaku di dalam UMNO. Beliau akan akur dengan UMNO jika parti itu memutuskan untuk semua Menteri UMNO perlu meletakkan jawatan, menurut kenyataan beliau hari ini.
Namun beliau turut berpesan kepada pemimpin UMNO supaya betul-betul melakukan pertimbangan yang jelas dan jangan bersandarkan kepada emosi dan kesan jangka masa pendek. Keputusan yang akan diambil oleh MKT UMNO hari ini bakal menentukan jatuh bangunnya parti itu, menurut beliau.
Menteri Luar itu juga bertanya jika UMNO tidak mahu bekerjasama dengan BERSATU, adakah UMNO sanggup untuk bekerjasama DAP atau PKR, seperti yang diketahui bahawa parti itu kerap melaungkan ‘asal bukan DAP’.
Beliau mengajak seluruh ahli UMNO untuk insaf di atas kekalahan 54 kerusi pada PRU14 yang lalu. “Rakyat sedang melihat, UMNO diberi amanah dalam mengetuai Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan negara dan menangani penularan COVID-19; mengetuai Kementerian Kesihatan yang memegang tanggungjawab besar memimpin petugas barisan hadapan negara; mengetuai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang sedang berusaha keras mendapatkan bekalan vaksin secepat mungkin. Kita sepatutnya komited dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Pada hemat saya inilah harapan rakyat di bawah kepada pemimpin UMNO. Bukan berpolitik merebut kuasa yang tiada kesudahan. Akhirnya rakyat mual dan hilang keyakinan”, tegas beliau.
Di akhir kenyataan, media itu,  beliau berharap ahli Majlis Kerja Tertinggi yang akan bermesyuarat pada malam ini, memutuskan yang terbaik demi UMNO dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img