spot_img
spot_img

2021 tahun lebih baik untuk pasaran saham

spot_img

KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menyifatkan 2021 sebagai tahun lebih baik untuk pasaran ekuiti tempatan berikutan pemulihan ketara pendapatan korporat, sekali gus menyaksikan pertambahan jumlah mudah tunai.

Menurut firma penyelidikan itu, kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) juga bakal mengundang kehadiran semula pelabur asing yang berminat dengan pasaran negara berkembang pesat, termasuk Malaysia, selain dapat melonjakkan pulangan di pasaran saham tempatan.

“Kami mengekalkan unjuran akhir tahun 2021 menyaksikan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras 1,759 mata dengan (kaunter) Inari-Amertron Bhd, Public Bank Bhd dan Telekom Malaysia sebagai pilihan utama,” katanya dalam nota penyelidikan, semalam.

- Advertisement -

Bagi Januari, CGS-CIMB berkata selepas menganalisis data KLCI sebelum ini, prestasi indeks itu ternyata bercampur-campur bagi bulan di bawah kajian dengan purata pulangan negatif bulan ke bulan sebanyak 0.6 peratus sejak lebih 10 tahun lalu dan pulangan positif 1.6 peratus sejak 42 tahun lalu.

Menurutnya, antara peristiwa penting yang perlu ditumpukan selain mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum pada 4 Januari adalah mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (20 Januari), mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (27 Januari) serta perkembangan membabitkan vaksin COVID-19.

“Selain itu, perkembangan laporan mengenai kes baharu COVID-19 dan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan disambung di Sabah dan Lembah Klang selepas 14 Januari ini, juga penting kerana sekatan pergerakan itu boleh menyebabkan perbelanjaan pengguna berkurangan.

- Advertisement -

“Pasaran akan turut memantau pembukaan semula sesi persekolahan di seluruh Malaysia pada 20 Januari serta perkembangan politik tanah air,” katanya.

CGS-CIMB berkata, pelabur akan turut melihat keadaan berkaitan Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 apabila Malaysia dijadual menerima kumpulan pertama vaksin terbabit pada Februari depan.

-BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img