spot_img
spot_img

14 Ahli Parlimen Pembangkang Tolak Desakan UMNO Untuk PRU15

spot_img

Kuala Lumpur : 14 Ahli Parlimen Pembangkang telah mengeluarkan kenyataan bersama yang bertarikh 5 Januari 2021 berkenaan desakan seluruh bahagian UMNO untuk segera meruntuhkan Kerajaan Perikatan Nasional untuk segera mengadakan Pilihanraya Umum ke 15.

Menurut kenyataan tersebut, UMNO harus risau akan situasi negara yang telah mencatatkan sejumlah besar kes baharu Covid-19 dan keadaan beberapa negeri pula kini dilanda banjir yang buruk yang menyebabkan lebih daripada 15,000 penduduk telah dipindahkan.

Ahli-ahli Parlimen tersebut juga menzahirkan kebimbangan kepada meningkatnya jumlah pengangguran terkini dan penyusutan pendapatan kepada banyak keluarga semasa tempoh pandemik ini merebak.

- Advertisement -

Dengan semua yang berlaku kini, adalah amat mengejutkan UMNO menuntut mengadakan pilihan raya sekarang.

Bulan lalu, Parlimen baru sahaja meluluskan belanjawan berjumlah RM322.5 bilion – untuk memerangi Covid-19. Hampir 3 minggu selepas belanjawan yang sepatutnya mesra rakyat ini diluluskan, UMNO mahu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. “Mereka telah memperlihatkan kepada kita semua diri mereka yang sebenar”, tambah kenyataan tersebut.

Ahli-ahli Parlimen Pembangkang ini mengingatkan rakyat kepada – Najib Razak yang pernah menggesa ahli-ahli UMNO mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun dengan berkata; “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”. Rakyat mesti menolak cita-cita seperti itu dan sikap mementingkan diri demi kuasa, menurut kenyataan bersama itu lagi.

- Advertisement -

14 ahli parlimen pembangkang itu ialah :

1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar, mantan Menteri Belia dan Sukan)
3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar, mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri)
4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut, mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat)
5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri, mantan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)
6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau, mantan Menteri Kerja Raya)
7. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh, mantan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai, mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)
9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu, mantan Timbalan Menteri Kewangan)
10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, mantan Timbalan Menteri Pendidikan)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud, mantan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)
12. Marzuki bin Haji Yahya (Senator, mantan Timbalan Menteri Luar Negeri)
13. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena, mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia)
14. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam, mantan Menteri Wilayah Persekutuan)

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img