spot_img
spot_img

Tujuh atlet, seorang pegawai positif Covid-19

spot_img

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan seramai tujuh atlet dan seorang pegawai disahkan positif Covid-19 selepas ujian calitan dilakukan terhadap 466 atlet yang melapor diri untuk menjalani latihan pusat sepenuh masa dilakukan semalam.

Ujian berkenaan dilakukan sekembalinya mereka untuk melaporkan diri selepas diberi cuti seminggu sempena perayaan Krismas dan Tahun Baru.

Atlet terbabit adalah dua dari sukan olahraga, sukan tenis berkerusi roda (2), sukan bola keranjang kerusi roda (2) dan seorang atlet tenpin boling cacat pendengaran serta seorang pegawai pengiring sukan boccia.

Berikutan itu Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa MSN akan kembali menggunakan pendekatan latihan kuarantin berpusat untuk tempoh dua minggu pertama.

- Advertisement -

“Selepas berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, kem latihan berpusat MSN akan diteruskan secara kuarantin bagi tempoh dua minggu pertama.

“Ini bermakna atlet dan jurulatih tidak dibenarkan keluar kecuali ke tempat latihan masing-masing secara terkawal.

“Arahan ini akan dikaji semula selepas dua minggu melihat kepada perkembangan penularan jangkitan Covid-19 ini,” katanya.

- Advertisement -

Shapawi berkata, proses sanitasi akan dilaksanakan di setiap pusat latihan dan penginapan sekali seminggu.

Perkara itu akan dikuatkuasakan terhadap semua pusat latihan iaitu di Kompleks MSN Bukit Jalil, Kompleks Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan, Kompleks MSN Taman Keramat, Kompleks Pelayaran Langkawi, Akademi Badminton Malaysia (ABM), Velodrom Nasional Nilai dan Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari.

Tegas Shapawi, mereka yang didapati positif sudahpun diasingkan dan menunggu tindakan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

MSN sudahpun mengasingkan atlet yang berkemungkinan mempunyai kontrak rapat dengan atlet dan pegawai yang disahkan positif dan akan menjalani semula ujian calitan pada hari keempat.

Terdahulu seramai 39 atlet dan jurulatih badminton di ABM turut menjalani ujian pada 2 Januari lalu sebagai persediaan untuk ke Siri Jelajah Asia di Thailand yang mana hasil ujian mendapati Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann turut positif.

-Aida Adilah Mat Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img