spot_img
spot_img

Reputasi Lang Merah jadi tarikan buat Ataya

spot_img

Alor Setar: Reputasi kejayaan pasukan, penyokong dan Ketua Jurulatih Aidil Sharin Shahak mendorong pemain import kuota Asia, Rabih Ataya memilih Kedah sebagai pasukan tepat untuk diwakilinya bagi saingan musim ini.

Pemain kelahiran Lubnan berusia 31 tahun itu meluahkan rasa gembiranya melalui laman rasmi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sambil menyifatkan KDA FC adalah pasukan besar yang mampu merealisasikan impiannya.

“Pulun Kedah Pulun… Saya sangat gembira dapat bersama Kedah dan berharap dapat menyumbang aksi terbaik saya bersama pasukan ini yang memiliki ramai penyokong disamping bersama ketua jurulatih pasukan Kedah Aidil Sharin Sahak.

- Advertisement -

“Keadaan agak sukar sebelum ini kerana disebabkan ancaman Covid-19 yang melanda dan sebelum saya bersama skuad kebangsaan yang beraksi di Malaysia, sudah ada tiga pemain Lubnan beraksi sebelum saya di sini.

“Apa yang mereka maklumkan adalah Malaysia negara yang bagus kerana sebuah negara Muslim dan ini menambah minat saya untuk terus beraksi di sini dan saya berharap dapat kekal di sini tiga atau empat tahun lagi, Insya Allah..” katanya selepas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) membuat pengumuman rasmi beliau bersama pasukan hari ini.

Menurut Ataya lagi, sebelum ini beliau sudah beraksi empat kali di Asia dan impiannya kini adalah mahu menyahut cabaran seterusnya bersama pasukan Kedah pada kali ini.

- Advertisement -

“Saya rasa tak terlalu sukar beraksi di Asia dan apa yang perlu adalah kerja keras dan beraksi dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan.” katanya.

Ataya yang pernah membantu pasukan Ansar FC dalam saingan Piala AFC pada tahun 2013 juga berkata beliau yakin persefahaman baik bakal terjalin apabila beraksi bergandingan bersama pasukan terutama dua lagi pemain import di bahagian tengah dan serangan iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

-Izzali Ismail Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img