spot_img
spot_img

Tunggu dulu…

spot_img

Kuala Lumpur: Secara merit Johor Darul Ta’zim (JDT) layak menyertai Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2021 apabila pasukan berkenaan menjulang kejuaraan Liga Super tahun lalu.

Namun, status pasukan itu boleh menyertai atau sebaliknya berikutan menarik diri daripada ACL 2020 hanya akan diputuskan dalam masa terdekat menerusi perbincangan bersama jawatankuasa Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).

Perkara terbabit disahkan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John yang memaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menghantar nama pasukan itu untuk menyertai kejohanan berkenaan.

- Advertisement -

Beliau berkata, ketika ini JDT dilihat boleh menyertai ACL berikutan statusnya selaku juara Liga Super tanpa sebarang masalah.

“Namun, perkara utama adalah perlu melihat sebab menyebabkan pasukan itu menarik diri pada musim lalu sekali gus boleh dikenakan hukuman diperuntukan.

“Kami tidak boleh terus memberi pengecualian dan mahu melakukan perbincangan terlebih dahulu sebelum menentukan keputusannya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

- Advertisement -

Pada November lalu, skuad Harimau Selatan terpaksa melupakan baki saingan peringkat kumpulan ACL di Doha selepas tidak mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keluar negara.

Menurut Peraturan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Perkara 6.2, JDT bakal berdepan denda AS$50,000 (RM207,000) selain penggantungan dua tahun dalam saingan yang dikelolakan badan induk bola sepak Asia itu.

Skuad kendalian Benjamin Mora sepatutnya menghabiskan baki saingan Kumpulan G bersama Vissel Kobe, Guangzhou Evergrande dan Suwon Bluewings di Doha bermula 19 November hingga 4 Disember.

Berdasarkan undang-undang khas pertandingan AFC ketika pandemik Covid-19, kegagalan pasukan pergi ke venue perlawanan susulan larangan keluar negara akibat virus tersebut menyaksikan pasukan itu dianggap menarik diri.

Situasi sama pernah menimpa kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Wahda apabila dianggap menarik diri selepas gagal tiba ke Doha untuk baki aksi Kumpulan A, September lalu. Bagaimanapun jika bersandarkan kepada kes Al-Wahda yang dilihat berdepan situasi sama dengan JDT di mana mereka tidak boleh ke venue perlawanan, JDT mungkin terlepas hukuman.

Ini kerana Jawatankuasa Sub Covid-19 AFC memutuskan kegagalan Al-Wahda tiba di venue perlawanan susulan larangan untuk ke luar negara dianggap force majeure (situasi luar jangka) selaras perenggan 6.4 dan 71 Peraturan Pertandingan AFC.

Perenggan 6.4 menyaksikan sebarang hukuman sepatutnya dikenakan ke atas pasukan menarik diri selepas pertandingan bermula tidak boleh dikenakan sekiranya berlaku force majeure yang disahkan Jawatankuasa Pertandingan AFC.

-Syazwan Msar Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img