TERKINI
Pendapat

Kenapa Kerajaan DAP benarkan ideologi komunis ?

January 4, 2021 12:37 am – aiman adzhar

Persoalan utama yang timbul adalah, mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang memandang rendah dan memperlekeh sensitiviti Rakyat Malaysia dengan menggalak serta mendokong ideologi fahaman komunisme sepertimana situasi yang dilaporkan.

Apakah motif utama pemilik restoran ini begitu berani dan biadap melakukannya? Mengapa pula pimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang ini merestui tindakan bagi menghidupkan semula unsur ideologi komunisme ini? Mengapa pula pihak Polis yang melaksanakan kerja bagi menurunkan poster berkaitan dan bukannya pihak berkuasa tempatan?

Seterusnya, adakah kebiadapan pemilik restoran tersebut serta keangkuhan pimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang ini cuba menafikan bahawa Pulau Pinang adalah merupakan sebuah daripada 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan yang berada di dalam kedaulatan Negara Malaysia? Atau, adakah ini bukti kebangkitan “mereka” bagi menghakis kedaulatan Negara kita yang tercinta? Adakah kejayaan membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara, penyebaran buku komik pro komunis di sekolah dijadikan “precedent” untuk merestui dan menghalalkan kesemua agenda sulit mereka?

Ideologi komunis yang mahukan kesamarataan hak, sekali gus menghina kedaulatan dan mengancam keselamatan negara. Ianya juga berupaya menghapuskan keistimewaan bangsa asal di negara ini dengan menimbulkan rasa tidak tenteram dan huru hara. Saya berpandangan tegas bahawa, kerajaan perlu memperkuatkuasa peruntukan undang-undang sediada dengan mengenakan tindakan yang lebih berat dan muktamad kepada pelaku mahupun individu yang cuba menghidupkan dan menyebarkannya. Apa yang nyata, ianya jelas merupakan satu pengkhianatan terhadap Agama, Bangsa dan Negara.

Mungkin pada masa dahulu anasir dan ideologi komunisme ini mampu dilihat secara zahir melalui amalan yang mereka praktikan. Hakikatnya, keadaan dan zaman telah berubah. Maka, pendekatan mereka juga adalah lebih bersifat halus dan mengelirukan.

Tanpa kita sedari, usaha menghidupkan semula fahaman ini kini direka dan diadaptasi di dalam platform yang berbeza. Sebagai contoh, medium sosial media yang menjadi kemestian dan kegilaan rakyat jelata adalah merupakan adalah senjata serta perantara utama yang dioptimumkan di dalam berkongsi dan menyampaikan dakyah mereka. Tidak cukup dengan itu, barah ini kian merebak dan merosak dengan tuntasnya apabila terdapat kelompok tertentu yang dipercayai “dijaga rapi” di bawah naungan parti politik yang bersifat talam dua muka.

Kerakusan individu tertentu untuk menghidupkan semula agenda fahaman sesat yang jelas tidak berteraskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa ini; adalah amat berbahaya. Jelas tindakan ini turut membuktikan, mereka ini sanggup menggadaikan maruah dan memperjudikan kedaulatan nasib Agama, Bangsa dan Negara demi mencapai matlamatnya sepertimana konsep yang digagaskan dan dipopularkan oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya, ‘The Prince’.

Sehubungan dengan itu, apa lebih menyedihkan lagi adalah bilamana jarum halus Kerajaan DAP ini dilihat telah menular serta menelurusi ke urat saraf rakan-rakan UMNO kita di Perak. Lihat sajalah apa yang berlaku. Sudah terang lagikan bersuluh; bahawa parti DAP memang berusaha mengenepikan hak bangsa Melayu samada secara nyata atau tidak. Hakikatnya, kebenaran ini memang diperakui oleh kesemua pimpinan UMNO itu sendiri. Namun persoalannya, bagaimana mungkin UMNO membiarkan keadaan ini berlaku dan merelakan persekongkolan dengan parti yang telah jelas pendiriannya tidak memberikan faedah kepada orang Melayu secara khususnya.

Dalam Islam semua perbuatan, amalan dan niat adalah berlandaskan syaraknya. Kita dilarang menggunakan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamatnya yang baik (dibenarkan syarak) tetapi cara dan jalannya haram. Fikir – fikirkanlah sejenak.

HADI MOHD ALI
NAIB KETUA BAHAGIAN BUKIT BINTANG
PARTI PERIBUMI BERSATU

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid