spot_img
spot_img

Pecat Annuar Musa, kaji semula hubungan dengan PAS

spot_img
PASIR PUTEH: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mengusulkan supaya Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dipecat dari parti itu.
Usul berkenaan dicadangkan oleh Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali semasa mesyuarat perwakilan pergerakan berkenaan semalam.
Menurutnya, parti perlu mengambil tindakan tegas dengan memecat keahlian Annuar selepas beliau dilihat menjadi tali barut dan jurucakap kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Perwakilan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuang keahlian Annuar, kerana Annuar menjadi tali barut Bersatu, tidak menghormati presiden parti, mendahului keputusan parti dan tidak membela UMNO,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Menurut Saifullah lagi, Pemuda UMNO Pasir Puteh juga mendesak supaya kerjasama UMNO dan Pas dikaji semula disebabkan sikap Pas yang tidak mengutamakan hubungan UMNO dalam Muafakat Nasional.
“Perwakilan juga mendesak agar UMNO memutuskan segera hubungan dengan Bersatu serta mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam suku pertama tahun ini,” katanya.
Bagaimanapun sekiranya PRU15 tidak dapat diadakan, perwakillan mengusulkan supaya kesemua ahli Parlimen UMNO meletak jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img