spot_img
spot_img

Saddiq tunai nazar

spot_img

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menunaikan nazar membotakkan kepala selepas berjaya mencapai sasaran mengumpulkan sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membeli komputer riba kepada pelajar di kawasan parlimennya.

Lebih menarik, sesi mencukur rambut beliau disiarkan secara langsung melalui sebuah rancangan televisyen tempatan dan dilakukan sendiri oleh ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

“Bismillahirrahmanirrahim, berjuanglah anakku demi rakyat,” demikian lafaz Sharifah Mahani ketika mula mencukur rambut Syed Saddiq.

- Advertisement -

Dalam siaran itu, Syed Saddiq turut menceritakan pengalaman rambutnya digunting ibu sejak berusia enam tahun.

Sesi itu kemudian diambil alih seorang tukang gunting profesional untuk mencukur rambutnya sehingga botak.

Sebelum ini, Syed Saddiq melancarkan kempen #1keluarga1laptop dengan matlamat setiap keluarga di kawasan Parlimen Muar memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak mereka.

- Advertisement -

Kempen beliau itu menyasarkan 500 keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah yang ada anak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Kempen itu berjaya mengumpulkan sumbangan RM383,000 dalam tempoh lima hari.

“Setakat ini, sebanyak 120 keluarga di Parlimen Muar telah menerima komputer riba berkenaan,” katanya. – BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img