TERKINI
Dalam Negara

PAS tidak berdiam diri isu arak dan judi

January 2, 2021 2:39 pm – Aiman Shahar
KOTA BHARU: Pas nafi berlembut dalam memperjuangkan isu lesen arak dan judi.
Sebaliknya, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary menegaskan selaku parti dalam kerajaan, bantahan akan dikemukakan ikut saluran yang betul.
“Sebagai kerajaan, kita tetap nyatakan bantahan.
“Cuma berbeza bila kita kerajaan, lagi mudah kita nyatakan bantahan kerana kita sebahagian kerajaan

“Bantahan secara dalaman, direct kepada kementerian berkaitan.
“Yang penting kalau benar apa yang disebut, kita sebagai Pas, kita bantah dan kita ada wawasan induk,” kata Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau mengulas kecaman di media sosial terhadap parti itu yang dilihat berdiam diri selepas kerajaan didakwa mempertingkatkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4 digit daripada lapan kali tahun lepas kepada 22 kali tahun ini.
Kata Ahmad Marzuk Shaary, tidak timbul isu Pas membisu.
Sebaliknya pihak mereka masih menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan berhubung lesen dan kebenaran cabutan ramalan itu.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid