spot_img
spot_img

JB Banjir

spot_img

JOHOR BAHRU: Seramai 275 mangsa banjir melibatkan 66 keluarga di negeri ini dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini setakat hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, kesemua mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang dan Sekolah Kebangsaan Batu 10 Skudai, dekat sini.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut 185 melibatkan mangsa banjir dari Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai manakala seramai 90 mangsa banjir lagi dari Kampung Laut Batu 10, Skudai.

- Advertisement -

“Mangsa banjir dari Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai dipindahkan ke PPS di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai. Mangsa banjir di Kampung Laut Batu 10 pula dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Batu 10,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vidyananthan memberitahu, mereka dipindahkan selepas paras air naik mendadak di kawasan berkenaan selepas hujan lebat melebihi lapan jam serta pertembungan air laut pasang hingga menyebabkan banjir kilat.

Katanya, PPS di Pusat Komuniti Kampung Pasir, Skudai yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Pasir dan Kampung Teluk Serdang Baru sudah ditutup dan mereka dibenarkan pulang.

- Advertisement -

Dalam pada itu tambah beliau, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan bekalan makanan secukupnya di semua PPS.

“Mangsa banjir perlu menjaga kesihatan ketika berada di PPS untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.

“Tindakan yang perlu kita buat ketika banjir ialah menjauhkan diri daripada kawasan dinaiki air, pindah segera ke pusat pemindahan dan matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

foto kredit – Raja Jaafar Ali

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img