TAHUN 2020 dan pandemik COVID-19 yang melanda pastinya terpahat kuat di dalam ingatan setiap orang.
Ia juga menuntut kita untuk bermuhasabah diri, menghargai sekeliling serta membantu meringankan beban mereka yang mengalami kehilangan, kesusahan mahupun kerugian.
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.
Sektor ekonomi yang terjejas teruk terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi cabaran besar kepada para peniaga memasarkan perniagaan mereka.
Ketua Komersial, Grab Malaysia, JJ Tan berkata, keperluan digitalisasi yang mendesak dalam kalangan PKS untuk memasarkan perniagaan telah membuat pihaknya melakukan penyesuaian mengikut keadaan semasa di dalam platform tersedia bagi memudahkan mereka.
“Kami membolehkan beribu-ribu PKS memasarkan perniagaan mereka dalam talian di GrabFood, GrabMart, GrabExpress atau melakukan pembayaran melalui GrabPay.
“Inisiatif lain turut dilancarkan seperti kempen Small Biz Relief Fund, Support Local Heroes dengan memperkenalkan ‘Pasar’ di GrabMart dan FoodCourts on GrabFood yang telah berjaya membawa lebih 1,000 PKS di seluruh Malaysia mencakupi pasaran lebih luas serta meningkatkan permintaan,” katanya dalam suatu kenyataan di sini.
Sementara itu, pihaknya turut bekerjasama erat dengan agensi kerajaan seperti Grab Ramadan E-Kitchen dan program rangsangan ekonomi seperti ePenjana dan Shop Malaysia Online (SMO).
Inisiatif itu turut mempercepatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan pengguna dan menyaksikan peningkatan sehingga 60 peratus sekali gus mengurangkan risiko penerimaan wang secara fizikal.
Pemilik Lizar Chilli, Rosaline Ong berkata, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sukar baginya untuk memasarkan perniagaanya yang sebelum ini dijual di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
“Saya memutuskan untuk menggunakan GrabMartdan walaupun memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan teknologi tersebut, namun dapat memperluas rangkaian pelanggan,” katanya.
Manakala, penjual Nasi Kukus Ayam Berempah, Rosiah Abi Basri berkata perniagaannya lebih berkembang apabila turut serta dalam kalangan 133 vendor bazar di Grab Ramadan eKitchen.
“Ia membolehkan saya fokus dan Grab menyokong saya mengembangkan menu secara digital dan menjangkaui pelanggan serta dapat memastikan pelangan dapat menerima makanan tepat pada waktu untuk berbuka puasa,” ujarnya.
Dalam pada itu, JJ Tan memberitahu, bukan sahaja menjadikan digitalisasi ini sebagai sebuah cara untuk meneruskan kehidupan kepada peniaga, malah lebih besar daripada itu.
Pihaknya juga akan terus komited untuk memperluas digitalisasi dengan memperkasakan perniagaan mereka melalui manfaat ketika menggunakan platform seperti Grab.
Oleh itu, pelbagai rangkaian telah direka khas secara holistik untuk mereka mengembangkan perniagaan melalui ekonomi digital.
1. Platform perniagaan layan diri
Platform perniagaan Grab yang diperbaharui ini memberi peniaga lebih banyak autonomi untuk menguruskan kedai dalam talian mereka. Ini termasuk mengemas kini menu, tambahan promosi terkini serta ciri-ciri khas dalam menguruskan masalah operasi seperti kehabisan stok.
Ada juga sistem untuk menu yang membolehkan peniaga mengoptimumkan dan menaik taraf menu menggunakan data.
2. Portal sumber peniaga
Blog peniaga Grab dan portal Grab Merchant Academy memuatkan kemas kini perniagaan terbaharu serta video panduan untuk para peniaga mendapatkan lebih banyak maklumat atau petua meningkatkan operasi dengan menggunakan ciri-ciri terbaharu itu.
3. Sesi komuniti peniaga (webinar peniaga)
Berikutan kemasukan perniagaan baru di Grab, sesi komuniti dan webinar terbukti menjadi saluran yang baik untuk terus berinteraksi antara peniaga dalam berkongsi dan memberikan petua mengenai ciri dan kemas kini perniagaan.
4. Penemuan peniaga di aplikasi Grab
Ciri Merchant Nearby yang baru dalam aplikasi Grab dapat memacu permintaan kepada GrabPay dengan menunjukkan perniagaan di sekitar yang menerima GrabPay sebagai kaedah pembayaran.
Ini meningkatkan kebolehtemuan dan mendorong lebih banyak trafik ke kedai fizikal peniaga. Peniaga juga dapat meningkatkan promosi kepada pelanggan setia mereka dan menggalakkan lebih banyak perbelanjaan.
Sejak ciri ini diperkenalkan, beribu-ribu peniaga dapat ditemukan oleh pengguna Grab.
5. Mengangkat peniaga pekak
Sebagai usaha memberikan akses kepada capaian rakan niaga, kit pemula diedarkan kepada peniaga pekak, iaitu ‘GrabForGood’ sebagai langkah membantu mereka mencapai prestasi lebih baik. Ia merupakan gelang bergetar yang menunjukkan pesanan masuk sementara peranti standard mempunyai nada dering.
Selain itu, Grab Malaysia akan sentiasa meningkatkan komitmen secara jangka masa panjang dengan membantu para PKS mendigitalkan ekonomi mereka.
Kerjasama dengan agensi seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam inisiatif #SayaDigital merupakan salah satu inovasi teknologi kepada perniagaan tempatan sebagai usaha memastikan tiada yang ketinggalan menerima gelombang itu.
What’s your Reaction?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1