spot_img
spot_img

My Bersatu dilancarkan

spot_img

1 Januari 2021: Penerangan BERSATU Malaysia melangkah masuk ke tahun 2021 dengan mendigitalisasikan informasi parti itu melalui pelancaran laman web baru dan juga aplikasi My Bersatu.

Laman web baru boleh dicapai di www.bersatu.org manakala aplikasi pula boleh dimuat turun seperti berikut:

iOS : https://apps.apple.com/us/app/my-bersatu/id1539117282

- Advertisement -

Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bestpay.pribumimalaysia

“Melangkah ke hadapan, kita sedang dalam proses mewujudkan sebuah Jabatan Penerangan yang akan memastikan ahli-ahli khususnya dan rakyat secara umumnya mendapat maklumat yang tepat mengenai pandangan dan pegangan parti. Para pegawai Jabatan Penerangan akan memberi sokongan kepada usaha-usaha Ketua-Ketua Penerangan Negeri, Bahagian dan Cawangan menjalankan tanggungjawab”, menurut Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Laman web dan aplikasi My Bersatu ini ditujukan kepada ahli-ahli dan rakyat amnya untuk mendapat maklumat terkini mengenai parti.

- Advertisement -

Menurut ucapan perutusan tahun baru beliau,  era media sosial kini amat banyak berita palsu yang disebarkan. Jadi dengan adanya aplikasi My Bersatu ini, rakyat akan mempunyai platform yang betul untuk mendapat berita penuh mengenai parti dan aktiviti-aktiviti parti.

Selain itu dalam perutusannya, beliau menyeru seluruh ahli Bersatu memperkukuh saf.

“Kita perlu ingat kembali kenapa parti kita ditubuhkan, terutamanya untuk mengembalikan integriti, memperbaiki governans negara, dan membantu meringankan bebanan hidup rakyat. Itu asas kita. Itu perjuangan kita. Jangan sesekali kita lupa asas-asas itu”, tegas beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Wan Saiful juga mengingatkan kepada semua supaya tidak merosakkan usaha-usaha kearah kesatuan ummah.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img