spot_img
spot_img

Initipati ucapan perutusan 2021 dari PM

spot_img

Inti pati Perutusan Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin sempena Tahun Baharu 2021

📌 Jangan leka dengan kelonggaran diberi, peperangan melawan COVID-19 belum berjaya sepenuhnya.

📌 Jangan leka dengan kelonggaran diberi, peperangan melawan COVID-19 belum berjaya sepenuhnya.

- Advertisement -

📌 PM Muhyiddin jamin kepentingan rakyat mengatasi kepentingan yang lain, kebajikan rakyat keutamaan kerajaan PN.

📌 Seramai 10.6 juta rakyat telah menerima Bantuan Prihatin Nasional.

📌 Seramai 8 juta peminjam individu dan PKS menikmati manfaat daripada moratorium terhadap bayaran pinjaman bank.

- Advertisement -

📌 Sebanyak 830,314 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro mendapat bantuan Geran Khas Prihatin.

📌 Sebanyak RM12.928 bilion telah memberi manfaat kepada sebanyak 326,136 majikan bagi mengekalkan 2.67 juta pekerja melalui Program Subsidi Upah.

📌 Kerajaan akan terus kawal ketat sempadan negara secara bersepadu elak kemasukan pendatang tanpa izin bagi mengekang risiko jangkitan COVID-19.

📌 Semua institusi pendidikan KPM dibuka pada 20 Jan mengikut takwim yang diumumkan sebelum ini.

📌 PM Muhyiddin ajak rakyat terus kukuhkan azam, memperteguh iltizam dan mantapkan ikhtiar bendung pandemik COVID-19 di negara ini.

📌 Pelajar tempatan IPT di Semenanjung kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac.

📌 Pembukaan institusi pendidikan swasta, antarabangsa sesi 2021 tertakluk kepada kalender akademik institusi dan SOP MKN.

📌 Kerajaan umum lima keutamaan pada tahun 2021 dalam satu strategi bersepadu pemulihan negara pasca COVID-19.

📌 Malaysia masih kekal antara 30 ekonomi paling kompetitif di dunia dengan pencapaian ekonomi antara 10 terbaik di dunia mengikut laporan World Competitiveness Ranking 2020.

📌 Keutamaan pertama kerajaan pada 2021 adalah mempertingkatkan tahap kesihatan awam.

📌 Kerajaan akan perkukuh ekonomi prihatin rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca COVID-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan RMK-12.

📌 RMK-12 akan memberi tumpuan kepada pemacu baharu ekonomi negara seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau.

📌 Melalui RMK-12, satu strategi komprehensif akan diumumkan pada awal tahun 2021 bagi memulih dan merancakkan semula ekonomi negara.

📌 Kerajaan akan membantu sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat, membasmi kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan mereka.

📌 Kerajaan sedia mempertimbangkan suntikan fiskal strategik jika keadaan memerlukan, sepertimana pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.

📌 PM Muhyiddin yakin RMK-12 akan memperlihatkan visi ekonomi Malaysia yang jelas untuk dekad baharu ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia terus bersifat inklusif dan memanfaatkan rakyat.

📌 Kerajaan akan melancarkan Dasar Digital Negara pada suku pertama tahun 2021 dengan penumpuan khusus kepada pembangunan sistem rangkaian 5G.

📌 Infrastruktur fizikal dan digital di bandar dan luar bandar akan dibina untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing serta dapat merebut peluang-peluang ekonomi baharu di peringkat global.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img