spot_img
spot_img

Esok kena dakwa – isu daging haram

spot_img

SHAH ALAM – Sebuah syarikat yang dipercayai terlibat dengan kartel daging haram telah disita dan dijangka didakwa di mahkamah esok.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, siasatan mendapati syarikat terbabit menggunakan modus operandi dengan meletakkan cap sebuah syarikat pengeluar terkemuka negara pada daging import tersebut.

Beliau berkata, pihaknya bertindak menyita dan membeku aset syarikat tersebut dengan nilai sitaan dianggarkan bernilai RM1 juta.

- Advertisement -

“Mungkin esok syarikat itu akan didakwa kerana memalsukan sijil halal dan cap halal.

“Kita juga mendapati syarikat itu ada 24 unit stamp getah daripada syarikat yang mempunyai jenama daging yang mempunyai permintaan tinggi,” katanya ketika sesi penggulungan usul mengenai isu kartel daging yang diragui status halal yang dikemukakan oleh Senator Asmak Husin.

Lebih sembilan orang Senator mengambil bahagian dalam sesi perbahasan isu itu, selepas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim membenarkan usul itu dibahaskan mengikut Peraturan 17 (1).

- Advertisement -

Mengulas lanjut, Rosol berkata, sebanyak 5,000 logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut ditemui manakala 2,428 kotak daging beku yang menggunakan logo halal disyaki palsu bernilai RM738,640

disita.

“Kita juga menyita dua buah lori menggunakan logo halal Jakim yang dipalsukan dan jumlah sitaan bernilai RM1.03 juta,” katanya.

Tambah Rosol, laporan mengatakan bahawa aktiviti kartel daging haram itu berlaku hampir 40 tahun tidak tepat.

“Tidak benar perkara ini telah berlaku hampir 40 tahun sebab siasatan kementerian mendapati syarikat terlibat baharu mendaftar pada 2014 dan memperoleh lesen untuk mengimport produk sejuk beku pada 2017,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img