spot_img
spot_img

Messi dedah rahsia Barca, Bartomeu

spot_img

Madrid: Lionel Messi tidak akan menarik balik mengenai apa yang buruk mengenai Barcelona selepas dia diwawancara oleh media Sepanyol.

Gergasi Catalan itu berdepan krisis kewangan yang teruk berikutan pandemik Covid-19 dan bergelut untuk mengekalkan prestasi bagi terus bersaing dengan pencabar kejuaraan liga baik di atas mahupun di luar padang.

Menjadi bertambah buruk apabila pengendali sementara Carles Tusquets mendedahkan secara terbuka awal bulan lalu bahawa mereka akan menjadi lebih baik jika menjual Messi pada jendela perpindahan sebelum ini.

Tidak hairanlah mengapa pemain terbaik dalam sejarah itu terdesak untuk meninggalkan Barca dan mencari cabaran baru.
- Advertisement -

“Kelab ini sangat teruk (dari segi kewangan) terlalu teruk. Ia sangat sukar untuk kembali pada keadaan asal. Ia tidak mudah untuk presiden baru untuk memulihkannya,” kata Messi.

Messi memang sangat jujur dan agak kasar dalam analisis kali ini apabila pemain antarabangsa Argentina itu tidak malu untuk menyerang bekas presiden, Josep Maria Bortomeu.

“Saya memberitahu Bartomeu mahu meninggalkan kelab dan meminta bantuannya, dia hanya berkata ‘tidak boleh, tidak boleh, tidak boleh’. Jadi saya menghantar ‘burofax’ sebagai jalan terakhir untuk menunjukkan saya serius, menjadikannya seperti rasmi.

- Advertisement -

“Saya memang selamanya akan berterima kasih kepada kelab di atas apa yang diberikan tapi saya rasa seperti kitaran ini sudah berakhir. Saya memerlukan perubahan. Saya tahun ini akan ada peralihan dan mahu berjuang untuk Liga Juara-Juara serta liga.

“Bagaimanapun, presiden tidak mahu saya pergi dan beliau mula membocorkan segalanya untuk menampakkan saya jahat. Selepas itu pelbagai perkara berlaku namun saya masih tenang dan apa yang saya buat adalah perkara betul.

“Banyak perkara beliau menipu. Secara jujur, terlalu banyak namun saya lebih memilih untuk tidak membabitkan perkara peribadi namun saya dapat pastikan terlalu banyak dalam beberapa tahun,” katanya.

-Agensi

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img